Cabar Hadi ikut demokrasi, bukan hentam
KUALA LUMPUR - [VIDEO] Ahli
Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak menolak
wujudnya usaha untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang datang dari peringkat dalaman parti itu sendiri.
Bagaimanapun Nik Mohamad Abduh berkata, Abdul Hadi masih mendapat kepercayaan akar umbi meskipun wujud kritikan hebat menggesa beliau supaya bersara dari jawatan tertinggi Pas itu.
"Tuan Guru Presiden hari ini masih mendapat kepercayaan penuh, kita tahu dan kita tengok sambutan yang diberi macam biasa, walaupun ada usaha-usaha kita sendiri kritik di peringkat dalaman, ada usaha yang cuba untuk tukar presiden.
"Kita anggap itu adalah perkara biasa sebab setiap dua tahun akan ada pemilihan, mungkin kerana jawatan presiden itu tidak pernah dicabar, jadi usaha untuk mencabar dia," katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas khabar angin baru-baru ini mengatakan Abdul Hadi dipujuk oleh rakan-rakannya agar berundur demi masa depan Pas dalam PR.
Mereka juga menggunakan alasan masalah kesihatannya sebagai umpan untuk tidak melayakkan Ahli Parlimen Marang itu terus memimpin Pas.
Mengulas lanjut, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu menegaskan jawatan tertinggi yang digalas Abdul Hadi itu boleh dicabar mengikut amalan demokrasi dalam parti.
"Jadi kalau ada usaha itu (letak jawatan), dia panas sekejap, kita harap demokrasi ini digunakan sebagaimana kita mendesak negara sama ada di peringkat parti atau negara, ia hendaklah berkempen dengan betul, tiada fitnah, tiada yang merosakkan demokrasi itu sendiri.
"Begitu juga nasihat kita sebut kepada Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang kita tahu wujud laporan mengatakan ada usaha hentam presiden yang berfakta, itu yang timbul," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan Pas masih konsisten dalam kerjasama politik dengan PKR dan DAP.
"Pas masih konsisten (sebulat suara) sejak dulu kita mungkin tidak sama (berbeza) pendapat, itu biasa.
"Kita cuba berusaha untuk menjadikan PR sebagai ini sebuah pakatan yang kukuh," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment