Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jangan Pilih Lagi Palanivel Sebagai Wakil Rakyat! Titah Sultan Pahang

November 20, 2014


Sultan terkilan ahli Parlimen ‘lepas tangan’


CAMERON HIGHLANDS 19 Nov. – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa terkilan terhadap Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri G. Palanivel yang dilihat seolah-olah bersikap ‘lepas tangan’ berhubung kejadian banjir yang melanda daerah itu.

Baginda bertitah, sejak kejadian banjir pertama yang berlaku tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk mengatasi masalah tersebut.

“Apa yang telah beliau lakukan? Tiada apa. Rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.

“Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya umum lalu, tetapi inikah yang diberikannya kepada rakyat?

“Beritahu beliau supaya buat sesuatu dengan segera. Saya serius mengenai perkara ini,” titah baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan mencemar duli melawat Lembah Bertam yang terjejas ekoran kejadian banjir kilat pada 5 November lalu.

Yang turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah mengingatkan Palanivel, sekiranya masalah itu tidak diselesaikan segera, baginda serta rakyat tidak akan memilih beliau sebagai Ahli Parlimen lagi.

“Beta rasa malu dengan kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan kepada kawasan sendiri terlebih dahulu.

“Jangan masa pilihan raya sahaja turun padang, lawat kawasan. Jaga tempat sendiri,” titah baginda.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sultan-terkilan-ahli-parlimen-8216-lepas-tangan-8217-1.26912#sthash.aCMYr2RH.dpuf

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ho ho ho. Kalau tak faham lagi dengan titah Sultan ini,mungkin palanival dengan pegi sekolah balik ,belajar bahasa melayu.
Kemurkaan Sultan pahang sangat berasas sebab isu banjir di cameron highland bukan isu baru.
Palanival perlu di pecat oleh najib. ( nak harap letak jawatan,sorry la).dan najib juga perlu bertanggong jawab bersama,kerana beliau yanng malantik palanival.
Apa pun padan muka pengundi CH. Nasib baik ada saorang Sultan yang perihatin.

Anonymous said...

Sultan kena panggil ahli parlimen setiap bulan tanya perkembangan kawasan mereka...
dah habis gondol...dah makan nyawa. ....baru terasa ada tanggungjawab.... setiap pemimpin akan ditanya apa yang di buat ke atas orsng yang dipimpinnya...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.