Majlis Fatwa putus jihad di Malaysia
KUALA LUMPUR - Di Malaysia, tindakan untuk berjihad hendaklah
diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diperkenankan oleh Yang
di-Pertuan Agong, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.
Beliau berkata ini kerana kriteria yang penting dalam jihad ialah, jika sesebuah negara mempunyai pemerintah Islam, maka jihad perlu diisytiharkan oleh pemerintah tertinggi Islam.
"Berdasarkan bukti daripada al-Quran dan Hadis, jelaslah bahawa ulama dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah menetapkan bahawa jihad hendaklah dilakukan dengan arahan pemerintah Islam," katanya dalam ucapan perasmian seminar Jihad Vs Militan di Universiti Teknologi Malaysia di sini, hari ini.
Justeru, Ahmad Zahid berkata peperangan secara persendirian atau yang dilakukan oleh kelompok kecil yang tidak diberi mandat atau keizinan daripada pemerintah (khalifah) tidak dinamakan sebagai jihad.
Katanya, sebaliknya ia dinamakan sebagai perang saudara, perbalahan puak atau etnik tertentu.
"Berdasarkan pandangan ulama muktabar, rakyat Malaysia yang berjuang di Syria tidak boleh diistilahkan sebagai jihad kerana ia tidak memenuhi kriteria jihad yang sebenar menurut Ahli Sunnah wal Jamaah," kata Ahmad Zahid.

Tambahan pula, krisis di Iraq, Syria dan Lubnan melibatkan perang
sesama Islam dan tidak melalui arahan pemerintah Islam negara ini.
Pada 23 Oktober lalu, Bernama melaporkan Polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan 40 orang, yang disyaki merancang menyertai kumpulan militan di Syria termasuk merekrut rakyat tempatan untuk kononnya berjihad di Syria, sejak Februari tahun lepas.

Menurut statistik Kementerian Dalam Negeri yang dibentangkan di Dewan
Rakyat Selasa lalu, seramai 167 rakyat negara ini terlibat dengan
kegiatan militan di luar negara sejak Disember 2001 sehingga kini.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid turut kesal dengan segelintir masyarakat Islam pada akhir-akhir ini tersilap dalam memahami istilah jihad sehingga menggangap tindakan militan sebagai jihad.
"Justeru, apabila dikatakan jihad, perkara yang dibayangkan mereka ialah perbuatan menyerang dan melakukan pembunuhan maka ia sebenarnya membawa maksud keganasan.

"Secara asasnya jihad dalam Islam adalah memerangi golongan Kafir
Harbi. Sama ada ia bersifat ofensif ataupun defensif ia bergantung pada
situasi," katanya.
Ahmad Zahid menyifatkan pergolakan di Iraq dan Syria sebagai krisis peperangan puak antara sesama Islam, dan bukan melibatkan bukan Islam. - Bernama
Ahmad Zahid menyifatkan pergolakan di Iraq dan Syria sebagai krisis peperangan puak antara sesama Islam, dan bukan melibatkan bukan Islam. - Bernama
11 orang berkata:
Macamana dgn pemerintahan yg tak brapa islam. Sampai bila pun dia tak akan berfatwa...
Masih x faham lagi syiah...sbb tu warta saja je sesat tapi tiada tindakan. Kalau syiah tu sesat sah la syiah bkn islam...apa masalahnya sunni berperang dgn syiah...Sama la berperang dgn yahudi
Jika kenyataan di atas tidak benar masakan PAS berjuang melalui Pilihan Raya dan bukannya mengangkat senjata.
Begitu juga keadaan di Mesir, sehingga kini IM tidak mengangkat senjata walau pun dikenakan pelbagai seksaan, penindasaan dan penipuan.
Jika IM yang sudah kehilangan ribuan ahlinya dibunuh tidak mengangkat senjata masakan Pas boleh.
Jihad hanya sah apabila diistiharkan oleh Kerajaan atau pemerintah Islam, dengan bersandarkan fatwa jumhur ulamak. Jika tidak jihad tidak berlaku.
Kita bincang bab jihad bukan bab syahid, jangan silap.
Jihad memerlukan fatwa namun syahid tidak.
Syahid kecil syahid besar berdasarkan Hadis Rasulullah S.A.W sudah terang dan jelas.
Siapa yang mencegah kemungkaran mati akan ia sudah pasti ia mendapat syahid. Begitu juga ribuan IM yang mati dibunuh di mesir, syahid ia menentang kemungkaran. Begitu juga perempuan mati melahirkan anak, mereka yang mati dalam kebakaran, lemas dan sebagainya.
Harus difahami juga bab rezeki ajal maut.
Jika ditetapkan sudah bahawa rezeki a di syria matinya di syria maka tiada kuasa menghalang ia akan makan di syria mati di syria.
Maka ada perpatah melayu berkata di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Jika sudah junjung langit di sana putuskan ikatan langit di sini.
Tiada ikatan tiadalah tertakluk kepada hukum di sini.
Jika mau menjunjung langit di sini maka patuhlah hukum di sini.
Adab berjemaah, patuh pada jemaah jika tidak keluar.
Hukum kata sebagai rakyat malaysia tidak boleh berjihad di syria, kena patuh selagi anda rakyat malaysia.
Bukan menyokong kerajaan namun patuh pada arahan parti yang tidak membenarkan ahlinya berjihad dengan mengangkat di luar negara mau pun di dalam negara.
Jihad menentang munafik sesat syiah.. Apa masalah dikata perang saudara.. Ini bukan saudara.. Nampak nama islam tapi munafik yg melaknat para sahabat nabi serta malaikat . Bila ubah dengan lisan tak jadi,akhir ubah dengan tangan.. Nk tunggu fatwa,memang xda la sbb syiah lagi satu al-khawarij pun sama munafik.
Dah la tu basar....
Kaki sebarkan fitnah macam ko ni tak payah la nak cerita pasal jihad, pasal hukum, pasal agama bagai. Ko belajar dulu la pasal hukum mengadu domba, hukum sebar berita tak baik pd org lain, hukum menjatuhkan maruah saudara seislam, hukum memfitnah, hukum menyebar fitnah ...... Cari dalam Quran ada banyak Allah ingatkan. Cari dalam hadis sahih pun banyak.
Hal2 benda lain tak payah la ko nak sibuk. Takut ko bagi hukum/ ajaran sesat pulak kang kat org ramai.
Hukum tu tetap hukum. Bukan macam pistol mainan. Bukan mcm senapang mainan. Bukan mcm program komputer sykt yg boleh tipu menipu.....
Hebat ko ni.....
Macam tuhan pulak boleh menghukum org munafik....
Jgn sampai ko pulak jadi munafik sudah laa....
Kat seri kembangan ni, suma org kata hang ni memang hebatlah nuurul bashar. Hal mb Selangor, hang pakar. Hal pkr hang pakar. Hal pas, hang pakar. Hal liwat meliwat, hang pakar. Hal hukum2 mahkamah, hang pakar. Hal jihad pun hang pakar. Hang video Lucah, hang pakar.
Pendek kata hang memang hebat, memang pakar. Kira hang ni sikit lagi sama la dgn kepakaran papegomo ngan parpuskari.
Hang memang pakar. Pakar buat dan sebat firnah.........
Entah ler.....
Fatwa tu "pandangan".....
Dlm BI panggil "Opinion".....
Opinion & pandangan tak semestinya salah dan tak semestinya pula betul. Tapi skang ni, selalu tak berapa nak betul...
Nak senang, tengok Quran dan Hadis. Bukak jugak pandangan ulamak2 terkenal Islam. Seluruh dunia. Kalu fatwa ulamak yg dlm Quran disebut sbg anjing menjelir lidah tur.....ikut suka korang la nak ikut atau tidak....
Yg menentukan mati syahid atau tidaknya org yg berjihad di Syria itu bukan mufti atau nuurul bashar.
Saudara seislam kita itu bumbung langitnya diseluruh dunia. Bukan di sini saja. Saudara seagama itu umpama cubit peha kiri, peha kanan pun sakit juga..... Saudara jika seagama tak akan sesekali memfitnah liwat meliwat saudara seagama yg lain.
Pakar fitnah tidak perlulah cerita pasal jihad dan syahid. Pakar fitnah tidak akan pernah mati syahid dlm apa jua keadaan SEHINGGALAH org yg difitnahnya memaafkannya.
Tapi kaki fitnah tidak akan sedar kerana NUR dlm hatinya telah ditutup oleh-Nya
Syiah bashar di syiria sesat. No Komen....sapa sokong syiah basyar sah geng syiah.
Post a Comment