17/11/14
Azmin Ali pertahan Hadi Awang
PKR
melihat isu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan
sering ponteng mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bukan isu
besar, kata Mohamed Azmin Ali.
Timbalan presiden PKR itu berkata,
ketiadaan pemimpin tertinggi dalam mesyuarat Majlis Presiden dan Majlis
Pimpinan PR tidak menjejaskan hubungan baik antara tiga parti itu.
"Saya percaya hal ini boleh diselesaikan secara baik dalam PR.
"Saya tidak melihat ia sebagai satu isu
besar. Hadi dan pimpinan PAS memberikan komitmen positif dalam Pakatan
sehingga menghasilkan kejayaan dalam pilihan raya umum," katanya kepada
pemberita di Gombak, Selangor hari ini.
DAP dan PAS sebelum ini dilihat sering berbalah apabila menyentuh soal kehadiran Hadi dalam mesyuarat PR.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu meluluskan resolusi
mendesak agar ahli Parlimen Marang itu hadir ke mesyuarat PR.
Manakala Setiausaha Agung PAS Datuk
Mustafa Ali yang kecewa dengan kenyataan DAP turut mengungkit isu sama
apabila mendakwa ketua menteri Pulau Pinang itu juga sejak 2008 lebih
kerap ponteng mesyuarat berbanding Hadi.
Katanya, kebiasaannya, sebarang perbezaan pandangan akan dibincang bagi mencari penyelesaian dan tidak dianggap masalah dalaman.
Malah beliau menegaskan hubungan antara PKR, DAP, dan PAS semakin kukuh dalam PR.
"Sekiranya ada pandangan yang berbeza,
kita akan selalu bincang dalam Majlis Presiden PR, tradisi ini cukup
sihat dan akan diteruskan," katanya.
Minggu lalu, Hadi berkata beliau tidak hadir mesyuarat kerana tidak sihat sehingga susut badan berbanding sebelumnya.
"Rasa tak berapa sihat sikit sejak
akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar," katanya dipetik
laporan Harakahdaily pada 10 November lalu.
Mei lalu, Hadi dirawat di hospital di
Istanbul, Turki setelah mengalami masalah pernafasan ketika dalam rangka
menghadiri program di sana.
Beliau kemudian terpaksa berehat hampir sebulan di sana ekoran keadaan kesihatannya. – TMI
1 orang berkata:
DAP sakit hati sebab tak boleh nak perbodohkan PAS. PAS tak ikut telunjuk dia dan tak sokong mengkhinzir buta kehendak mereka.
Post a Comment