Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA INI SALAH KERAJAAN YANG MEMERINTAH NEGARA

Dah 57 tahun merdeka, masih tak tahu cakap Melayu

  • Grafik Sinar Online Grafik Sinar Online
1 / 1
KUALA LUMPUR – Selepas 57 tahun merdeka, masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak dapat bertutur dalam bahasa kebangsaan akibat pelbagai aliran pendidikan berbeza yang diamalkan di negara ini.

Menyifatkan perkembangan itu sebagai sesuatu yang malang, perwakilan Kelantan, Datin Rahimah Mahamad berkata, perpaduan yang diharapkan terhasil daripada kerangka pendidikan negara terganggu dengan wujudnya sekolah persendirian, sekolah pondok dan sekolah agama yang membawa falsafah dan idealisme berbeza daripada yang dihasratkan.

“Oleh itu, Wanita Umno menyokong supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bagi meneliti sejauh mana sistem kepelbagaian sekolah (dapat) melahirkan generasi dengan jati diri Malaysia, semangat patriotik yang tinggi, mengutamakan perpaduan dan menghormati Perlembagaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan menyokong usul agama dan pendidikan yang dibawa oleh perwakilan Terengganu, Abdul Hakim Wan Mokhtar di Perhimpunan Agung Umno, pagi tadi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Tutup sek pondok agar smua rakyat dihidangkan dgn makanan sekular yg haram lg najis...kemudian rakyat akan menyokong umno sbb jiwa dh rosak dgn fahaman sekular.

Anonymous said...

kenapa lh tuhan tutup kan pintu hati mu wahai anon 11.21

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.