Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, November 26, 2014

Berita Mengejutkan Dari Perhimpunan Agung Umno.. Wajib Baca!!


Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan memberikan ucapan yang diterima baik ketika berucap kepada tiga sayap Umno semalam, namun penganalisis berpendapat ia bertentangan dengan kehendak beliau agar ahli Umno lebih berani, bijak dan berdaya saing.


Para penganalis yang bercakap dengan The Malaysian Insider juga berkata, pemimpin nombor dua parti itu menggunakan retorik yang tidak sesuai sebagai seorang timbalan perdana menteri apabila berkata liberalisma dan sekularisma pengancam kepada keyakinan Umno selama ini, tema yang bakal menjadi fokus menjelang Perhimpunan Agung Umno hujung minggu ini.

Dengan mendakwa majoriti orang Melayu lemah dari segi ekonomi, Muhyiddin pada asasnya mengaku Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal, tambah mereka.

Muhyiddin juga mahu ahlinya lebih berani mempersoalkan pemimpin mereka, tetapi beliau tidak memanjangkan saranan itu kepada orang ramai.

Ini kerana Muhyiddin percaya kepada Akta Hasutan, yang digunakan terhadap pengkritik kerajaan, perlu dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan.

Ini menyebabkan penganalisis politik Dr Wong Chin Huat mempersoalkan apakah yang Muhyiddin mahukan ketika berkata "jujurlah dengan pemimpin kamu".

"Jika anda bukan bankrup dari segi intelek, mengapa takut dengan kebebasan bersuara?" kata Wong dari Intitut Pulau Pinang.

"Ada satu peribahasa Melayu, berani kerana benar. Ini menunjukkan Melayu tidak takut berdebat dan kebebasan menyampaikan idea. Mereka menerima kebenaran dan bukan takut kepadanya.

"Akta Hasutan mengkhianati idea orang Melayu yang hebat ini yang yakin dengan kebenaran."

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata orang muda kini mahukan pemimpin Umno yang jujur, terbuka, tidak korup dan tidak takut untuk bercakap benar bagi pihak masyarakatnya.

Wong juga berkata, ujian sebenar adalah apakah Muhyiddin benar-benar mahu ahli Umno melakukan perkara itu. Apakah beliau akan membenarkan mereka bercakap tentang kegagalan DEB atau skandal yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Seorang lagi penganalisis Wan Saiful Wan Jan menunjukkan percanggahan hasrat Muhyiddin iaitu antara cita-cita Umno mahu menawan semula pengundi bandar, tetapi dalam masa yang sama mahu mengekalkan Akta Hasutan.

"Pengundi bandar mahu kebebasan bersuara dan mempersoalkan apa yang mereka lihat sebagai tidak betul.

"Mengekalkan Akta Hasutan akan bercanggah dengan matlamat ini," kata Wan Saiful yang mengetuai Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Kebebasan bersuara termasuk dapat mempersoalkan sama ada DEB benar-benar mencapai matlamatnya dan sama ada tindakan afirmatif berasaskan kaum masih diperlukan, kata Wan Saiful.

Malangnya, Muhyiddin memilih untuk mencampurkan kebebasan mempersoalkan dasar kerajaan dengan liberalisme, yang katanya adalah satu ancaman kepada kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam.

"Adalah tidak wajar mengatakan liberalisme menyebabkan orang mempersoalkan kedudukan agama Islam atau orang Melayu.

"Apa yang dipersoalkan adalah sama ada kita perlu meneruskan polisi di mana sesetengah pihak dilindungi sementara yang lain tidak."

Wong dari Institut Pulau Pinang berkata, ucapan Muhyiddin menekankan bagaimana Umno mengalami krisis legitimasi dalam kegagalannya untuk betul-betul melaksanakan DEB.

Untuk mengelak dari menyalahkan dirinya sendiri, sekali lagi bukan Melayu dijadikan kambing hitam.

Muhyiddin menyenaraikan banyak sasaran DEB yang tidak tercapai seperti 30% ekuiti swasta untuk Bumiputera dan hakikat pendapatan purata mereka adalah lebih rendah berbanding dengan kaum Cina dan India.

Muhyiddin kemudian mencadangkan agenda ekonomi Bumiputera baru untuk menangani masalah-masalah ini, dengan mengatakan ia harus menjadi agenda nasional.

"Tidak kira bagaimana Umno cuba menyalahkan bukan Melayu, mereka masih perlu menjawab soal kegagalan DEB. Mengapa ia gagal mengangkat orang Melayu secukupnya selepas lebih daripada empat dekad?

"Adakah kerja lebih Bumiputeraisme untuk membantu orang Melayu atau kita perlu dasar alternatif untuk memastikan orang Melayu biasa yang memerlukan bantuan dan bukannya Umnoputera?"

Muhyiddin bagaimanapun menimbulkan beberapa perkara penting, kata Wan Saiful, seperti keperluan menangani ketidaksamaan di kalangan masyarakat dan anggota dalam masyarakat yang sama.

"Satu lagi perkara yang baik adalah tentang perkauman. Bagaimana apabila Umno bercakap tentang hak Melayu ia dilihat sebagai perkauman tetapi apabila orang lain bercakap tentang hak-hak komuniti mereka sendiri ia dilihat sebagai hak minoriti.

"Ia satu saranan kepada rakyat Malaysia untuk menilai bagaimana cara mereka bercakap tentang perkauman. Jika anda benar-benar mahu menghapuskan kepentingan etnik maka kita perlu melakukannya secara menyeluruh," kata Wan Saiful.

Secara keseluruhan, Wan Saiful berkata pemikiran Muhyiddin mengenai ekonomi, kebebasan peribadi dan Akta Hasutan tidak sama dengan bos beliau sendiri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan membasmi ketidaksamaan pendapatan sebagai pusat kepada rancangannya untuk mengubah ekonomi.

"Adalah mengejutkan untuk melihat timbalan perdana menteri yang bercakap dengan bahasa yang berbeza daripada perdana menteri." 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.