Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR TAK TERFIKIR KE NAJIB TU PRESIDEN UMNO ?

Tidak wajar letak jawatan, belakangkan majoriti

  • Najib Tun Razak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis Veteran Umno Malaysia Sepetang Bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hakikat beliau adalah Presiden Umno pertama yang dipilih melalui sistem yang lebih terbuka dan demokratik selepas pindaan perlembagaan parti, perlu dihormati kesemua anggota parti.
 
Justeru katanya, desakan beberapa pihak untuk beliau melepaskan jawatan tidak wajar kerana ia membelakangkan kehendak majoriti anggota parti.
 
"Sebagai presiden parti, saya amat  berterima kasih atas sokongan anda dan saya dipilih kerana apa? Melalui apa? Melalui permilihan dalam parti, di mana perlembagaan parti telah dipinda (pada tahun 2009)," katanya ketika berucap pada Majlis Veteran Umno Sepetang Bersama Presiden, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib berkata, sistem pemilihan pucuk pimpinan pada masa kini adalah lebih terbuka dan telus berbanding sistem terdahulu, yang mana ia menggunakan undi
bonus dan kuota untuk mengekalkan jawatan tertinggi parti.

Beliau berkata, sekiranya beliau mahu kekal memegang tampuk pemerintahan  selama 22 tahun seperti Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003), beliau tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk meminda perlembagaan parti.
 
Najib berkata di sebalik cabaran demi cabaran yang ditempuhi Umno, beliau akan terus berjuang demi kepentingan parti serta berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada. 
 
"Kita nak jaga parti, kita tak boleh hancurkan parti kita, (kerana) parti kitalah penyelamat kita ... orang Melayu tak ada tempat lain bergantung harap melainkan parti keramat ini. Jangan binasakan Umno, sayangilah Umno dan jagalah Umno," katanya dan menambah setiap permasalahan boleh diperbetulkan dan diselesaikan secara muafakat. 

Menurutnya, meskipun Umno berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara. 

"Hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa," katanya. 

Dalam pada itu, Najib turut mengingatkan hadirin bahawa penglibatan beliau dalam politik adalah bagi meneruskan perjuangan bapanya, yang juga perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.