Mat Sabu anggap lawan GST seperti Tok Janggut
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu hari ini dalam
ucapan #HimpunanBantahGST berkata, perjuangan peserta di himpunan
tersebut boleh dianggap seperti perjuangan Tok Janggut.
Katanya, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan mulai 1 April lalu, benar-benar menindas rakyat oleh itu adalah wajar peserta yang menyertai himpunan itu dianggap wira seperti Tok Janggut.
"GST tindas rakyat, dahulu Tok Janggut tentang British, sekarang GST kita bantah sebab sistem ini zalim.
"Bantah GST,bantah GST ini samalah seperti perjuangan Tok Janggut lawan British," katanya di Himpunan itu di Dataran Merdeka.
Dalam pada itu, beliau berkata, seluruh rakyat Malaysia di serata dunia membantah sistem percukaian GST.
"Dulu di London, Jepun, Korea sekarang di Kuala Lumpur.
"Nampaknya semua orang (rakyat Malaysia) bantah GST," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment