Tahaluf siyasi boleh terbatal dengan provokatif
GOMBAK - Tindakan provokatif DAP dikhuatiri boleh membatalkan tahaluf
siyasi atau kerjasama politik antara Pas dengan parti itu.
Demikian kata Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz
Mohamad sambil mendakwa DAP cuba menguasai kepimpinan Pas selepas
memecahbelahkan parti Islam itu dengan pelbagai provokasi.
"DAP melancarkan pelbagai serangan provokasi terhadap batang tubuh
presiden Pas dan membuat keputusan rasmi memutuskan hubungan dengan
presiden Pas tetapi tidak dengan Pas.
"Ini merupakan satu percanggahan pecah dan perintah oleh DAP iaitu
memecahbelahkan kesatuan pimpinan untuk mereka menguasai Pas," katanya
dalam ucapan dasar Muktamar Dewan Ulama Pas, di Kolej Universiti Islam
Zulkifli Muhamad, Taman Melewar, di sini, hari ini.
Beliau juga berkata DAP kini memberi isyarat untuk campur tangan dalam
pemilihan Pas, sekaligus menjadi penanda aras kepada masa depan parti
sosialis itu dalam PR.
"Ia adalah isyarat campur tangan yang jelas agar perwakilan memilih
pemimpin baharu yang pro dengan segala tindak-tanduk DAP," ujarnya.
Mahfouz berkata lagi, perbalahan dalaman PR didakwa bermula dengan
Langkah Kajang yang songsang dan ikuti dengan krisis pengguguran Menteri
Besar Selangor.
"Mereka juga telah mengisytiharkan pembubaran PR di Sabah dan Sarawak.
DAP juga menentang keras usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan
Kanun Jenayah Syariah.
"Situasi ini memperingatkan kita dengan syarat-syarat tahaluf siyasi
yang telah digariskan oleh Majlis Syura Ulama Pas pada 2009," katanya
lagi.
3 orang berkata:
PARTI AJARAN SESAT AYOH HADI PING TOLOLBARUAMUNAFIK
Masya Allah pandai sungguh Mak bapak dia didik dia ni, kut kut Mak bapak pun dari spesis ni jugs. Kesian dia
Post a Comment