Tursday, September 3, 2015
Belum apa-apa Parti Amanah Negara dapat 10 wakil rakyat
Selain dari MP Tumpat dan MP Kuala Terengganu aku cukup yakin akan ada beberapa orang lagi wakil rakyat yang akan bersama Parti Amanah Negara tu selepas ni.
Kredit imej: Fb Parti Amanah Negara |
mStar melaporkan:
Aku jugak cukup yakin, cukup ramai yang tak sabar-sabar nak isi borang ahli parti baru tu dan aku cukup yakin sasaran nak dapat jumlah keahlian 35,000 orang menjelang pelancaran rasmi parti pada 16 September nanti cukup mudah untuk dicapai.
AstroAwani melaporkan:
PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian
10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.
"Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin. - mStar.
Juga dilaporkan:Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.
Selain itu dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan. - Ibid.Belum apa-apa Parti Amanah yang diistiharkan petang semalam dah ada 10 wakil rakyat. Selain dari MP Tumpat dan MP Kuala Terengganu aku cukup yakin akan ada beberapa orang lagi wakil rakyat yang akan bersama Parti Amanah Negara tu selepas ni.
Aku jugak cukup yakin, cukup ramai yang tak sabar-sabar nak isi borang ahli parti baru tu dan aku cukup yakin sasaran nak dapat jumlah keahlian 35,000 orang menjelang pelancaran rasmi parti pada 16 September nanti cukup mudah untuk dicapai.
AstroAwani melaporkan:
Mohamad Sabu yang turut dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, Parti Amanah akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini termasuk pelancaran logo dan portfolio penuh parti.
Beliau yakin, lebih ramai akan menyertai Amanah bukan sahaja dari kalangan umat Islam, tetapi juga dari penganut agama lain.
Malah beliau percaya Amanah mampu menang besar pada pilihan raya umum akan datang.
"Kami yakin akan menang besar bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Kami sedang mengumpul ahli. Hari ini baru isytihar nama parti dan setakat ini yang sudah menghantar borang itu mungkin diminta isi borang parti sebenarnya dan kita yakin, menjelang 16 September nanti, kita akan sasar ahli baru 35,000 orang. - AstroAwani.
5 orang berkata:
Tak payah perli lah,sepatutnya kau juag bergembira dengan kumpulan G18 terkeluar dari Pas.kerana dengan ini Pas tinggal dengan pengikut yang suci scucinya .seperti suci dalm debu.
Buat apa dpt wakil rakyat macam tu.menang dulu pun atas tiket parti lain(pas).
Buat apa dpt wakil rakyat macam tu.menang dulu pun atas tiket parti lain(pas).
Buat apa dpt wakil rakyat macam tu.menang dulu pun atas tiket parti lain(pas).
Jgn perli depa pak nanti depa nyahkan kita dr pr.teruk lah kita pak mungkin kalah dikelantan juga.kita jgn sombong pak biar diaorg sj yg sombong tak apa.siapa yg benar masa akan menjawabnya tp susah sgt nak tubuh partipun.ramai org dengki ke apa tu ya.
Post a Comment