Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PIJAK GAMBAR PRESIDEN PAS

Pijak gambar: Pas Selangor lapor polis

Pijak gambar: Pas Selangor lapor polis
 
SHAH ALAM - Pas Selangor menuntut permohonan maaf daripada peserta dan penganjur Bersih 4.0 yang bertindak biadap memijak gambar muka Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Dewan Ulama Pas Selangor, Muhammad Najhan Halim membantah kebiadapan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar Presiden Pas di atas jalan raya.

"Perbuatan ini (pijak gambar) tidak boleh dibiarkan kerana bimbang akan menjadi adat dan budaya masyarakat kita kerana bakal mencetuskan provokasi negatif, perpecahan kaum dan juga agama.

"Kami menggesa pihak polis melakukan siasatan terperinci dan mengenal pasti pelaku yang tidak bertanggung jawab itu dan mengenal pasti serta mengenakan tindakan sepatutnya," katanya ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, hari ini.

Tegas Najhan, Pas Selangor menuntut permohonan maaf oleh pihak yang melakukan provokasi ini secara terbuka mahupun tertutup kepada Presiden Pas yang langsung tidak layak diperlakukan sedemikian tanpa sebarang kesalahan berat dan kezaliman mahupun penyelewengan yang dilakukannya.

"Pas dan Presidennya sendiri sudah beberapa kali menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Umno namun segelintir manusia berhati gelap masih mengapi-apikan isu ini hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat lalu diletakkan kesalahan kepada Presiden Pas.

"Inilah kesan jahatnya perbuatan fitnah yang diadu dombakan oleh segelintir kecil manusia," katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Nak tanya sikit ,pasai apa terasasanagt bila gambar dipijak? selama ini kan ada ajaran dari pas sendiri yang ahlinya memijak gambar peminpin sendiri .sudah lupa ke? ha.itulah balasan bila kita buat pada oarang lain.Pakaramu takan tak tahu peritiwa pijak gambar depan Pejabat Pas di Jaln Rala Laut dlu.Eh buat2 buta ke?.Apa yang berlaku pada Dr Hatta dulu .apa yang berlaku pada Dr Zulkefli dulu.Tak ingat ke? Lain kali jangan kita ajar ank2 kita buat perkara tak senonoh ,akan dibalas ,takl lama pun ,begitu juga denagn adab tidak menghormati Ketua.bagaiman peristiwa Mat Sabu sedang berucap ,ulamk muda keluar secara jemaah bukan kah ini satu sifat KURANH AJAR.?Pakarmu tak tenguk ke dulu .buta ke?Bagaina dengan doa laknat pada peminpin sendiri? tungguuuuuuuu balasanya .

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.