Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AYAM MAKAN DEDAK


Ayam, Ayyam ! yang selalu makan dedak, Nazri sudah pernah makan dedak Johor, dedak Kedah, dedak Pahang, dia  mungkin pemakan dedak yang tegar dan banyak pengalaman, dedak Perak mungkin baru nak  buat resepi yang terbaik, nanti ayam-ayam togek boleh rasa sebab ada bubuh perasa tempoyak bahan dari durian padang Rengas, Awasss ! kamu wahai ayam togel - Pak Karamu
 
 
Memang saya 'makan dedak', kata Nazri
Memang saya 'makan dedak', kata Nazri
Muka depan akhbar Sinar Harian hari ini.


KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui beliau ‘makan dedak’ sebagaimana diperkatakan sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad lagi. 
 
Yang menghairankan beliau, katanya, apabila seolah-olah ada perbezaan dedak dahulu dengan dedak  zaman Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai perdana menteri.

“Kalau dulu dia bagi dedak, dia kata saya bagus. Kenapa Najib sekarang bagi dedak tak bagus pulak?.

“Saya memang makan dedak. Tak apalah saya makan dedak macam burung atau ayam. Kerana kita makan dedak itu untuk memperkuatkan parti,” katanya.

Katanya, beliau memang makan dedak, sebab itu adalah dedak yang Mahathir bagi kepadanya.

“Dedak ada yang special ke? Ya saya makan dedak. Banyak khasiat dedak. Kita semua tahu negara yang membangun, teknologi bagus, dedaknya lebih bagus.

“Tentu lebih baik daripada dedak yang dia bagi dulu. Saya tidak menafikan itu. Saya memang makan dedak,” katanya.
 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.