Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SESIAPA JUGA DARI KALANGAN PENGKRITIK PERLU ADA FAKTA .......

Rakyat di negara ini sudah peka dengan hal ehwal semasa, mereka sudah dapat membezakan mana yang hak dan yang batil, sesuatu perkara jika ada kepincangan tentu ia memerlukan teguran atau penyelesaian, sikap angkuh dan tidak boleh ditegur sapa menunjukkan ada sesuatu syak wasangka yang buruk berlaku perlu ditangani dengan baik, bukan menafikan secara angkuh. 
 
Diwaktu kebelakangan ini terdapat para pengendali sesuatu kumpulan itu bersikap bahawa mereka serba pandai, cekap dan tidak pernah melakukan kesalahan, hal ini menyebabkan masyarakat bertambah meluat, apa yang penting jika ada sesuatu yang tidak kena ia perlukan jawapan yang adil dan saksama, bukan menujukkan sikap disebaliknya, jauhkan bersikap angkoh ketika menerangkan sesuatu isu jika ianya berlaku - Pak Karamu
 
 
Apa niat burukkan institusi agama?
DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
 
INSTITUSI agama seperti Tabung Haji (TH) terus diserang pihak tertentu sehingga menyebabkan imej institusi tersebut buruk di mata rakyat. Kesan daripada serangan itu telah mewujudkan persepsi buruk yang akhirnya memberi kesan kepada rakyat sendiri terutama mereka yang bergelar orang Islam. Sekiranya dakwaan dan fitnah kepada institusi-institusi agama ditabur secara berterusan, pastinya ia akan memberi kesan buruk kepada semua pihak. Justeru, bagi mengupas isu tersebut tersebut wartawan Sinar Harian, Mohd Hafiz Ismail menemui TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI bagi mengupas dan memberikan penjelasan lanjut mengenai serangan serta persepsi terhadap institusi agama.

Berkaitan serangan terhadap institusi agama yang cuba melemahkan, minta Datuk jelaskan mengenai situasi tersebut.

Pertama kita kena bezakan kritikan untuk membina dan kritikan ada niat untuk menghancurkan. Bagi saya, kritikan untuk membina tidak mencetuskan sentimen yang boleh memporak-perandakan kepercayaan masyarakat terhadap institusi yang pada hakikatnya memainkan peranan yang terbukti berkesan dan terbukti berjaya membangunkan aspek bagi kepentingan orang Islam. Tetapi cara kita mengkritik dengan niat dan agenda kerana faktor kuasa, kita sanggup bermain dengan sentimen disulami wajah fitnah yang dahsyat sehingga menyebabkan manusia terpengaruh dengan wajah yang cuba dicorakkan ini. Akhirnya, bukan sahaja meruntuhkan malah menjahanamkan institusi, sebagai contoh Tabung Haji (TH) apa justifikasi pembangkang apabila memainkan isu ini dengan hanya berpandukan dokumen yang tidak diberikan kefahaman jelas dalam konteksnya. Contohnya surat dari Bank Negara Malaysia yang diviralkan, tetapi telah diolah dengan tajuk seolah-olah TH ini rugi dengan fitnah dividen lambat diumumkan walhal tidak timbul isu kelewatan kerana peraturannya TH perlu umum sebelum penghujung bulan Mac setiap tahun.

Cuma dalam tempoh tiga bulan itu, cepat atau kelewatan itu bergantung kepada Jabatan Audit Negara kerana sebelum TH boleh isytihar dividen kepada orang ramai, segala laporan kewangan perlu diaudit kerana melibatkan dana awam dan wang orang ramai. Menjadi peraturan tadbir urus untuk Jabatan Audit Negara memperhalusi laporan dan proses kewangan supaya akhirnya dividen yang diumumkan itu bukan diambil dari wang pendeposit. Itu prinsip utama di mana dividen hanya boleh dibayar berdasarkan keuntungan dijana. Tetapi semua harus dilakukan tersusun dan kemas. Sebab itulah tahun ini kelewatan itu bukan kelewatan TH, tetapi kelewatan disebabkan Jabatan Audit Negara belum habis audit keseluruhannya, tetapi ia masih dalam tempoh kerana akhirnya diumum dua minggu lewat. Kelewatan itu dijadikan isu iaitu sentimen lewat, tetapi diwajahkan dalam kerangka untuk menjatuhkan dan menjahanamkan institusi dengan mengatakan TH tidak mempunyai keupayaan kewangan bagi membayar balik duit pendeposit. Kita sendiri lihat ramai pendeposit mengeluarkan wang mereka bahkan menteri turut sebut dalam parlimen ada sampai 33 orang yang giliran hajinya sepatutnya dalam tempoh satu hingga empat tahun lagi. Disebabkan sentimen yang dimainkan, mereka tidak faham konteks sebenar dan lupa TH di bawah Akta Tabung Haji bahawa setiap sen wang pendeposit ini dijamin kerajaan. TH institusi yang tidak akan rugi kerana dijamin kerajaan di bawah akta. Semua ini tidak ditangani dan dipersepsikan dengan baik dan akhirnya mereka keluarkan wang mereka.

Pendeposit yang menyimpan di TH perlu berfikir dua atau tiga kali kerana kalau keluarkan wang untuk menunaikan haji, mereka akan hilang giliran dan malangnya mereka tetap berkeras mengeluarkan wang kerana takut wang mereka akan hilang. Apabila mereka keluarkan, ada dalam kalangan mereka mahu mendaftarkan semula selepas tahu dividen diberikan TH, tetapi malangnya kalau hari ni mendaftar (daftar haji) 81 tahun lagi giliran mereka. Ini contoh kecil bagaimana kesan yang dimainkan Mohd Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR). Kenapa saya kata fitnah dan kenapa hanya diviralkan dokumen daripada Bank Negara Malaysia yang bertanyakan tentang status rizab dan pengurusan risikonya kerana TH bukan di bawah bank Negara Malaysia, jadi pihak Bank Negara Malaysia selaku pengawal selia sistem kewangan yang mempunyai hak bertanya. TH menjawab pertanyaan Bank Negara Malaysia itu dan jawapan balas Bank Negara Malaysia mengatakan mereka puas hati. Surat Bank Negara Malaysia ini tidak pula diviral?

Saya nak jelaskan TH adalah model yang diwujudkan untuk menguruskan haji dan pada masa sama melabur wang dengan cara bijaksana supaya wang ini dapat menjana keuntungan dan dapat menyelenggarakan urusan jemaah haji dengan baik, sebab itu kita mampu bagi subsidi kepada jemaah haji. Bagaimana kita dapat beri subsidi kerana kita menjana wang-wang pendeposit kerana bukan semua pendeposit menyimpan wang mereka untuk melakukan haji. Majoriti penyimpan wang di TH adalah dalam kalangan mereka yang melabur kerana mereka tahu bila simpan di TH pokok mereka akan dijamin oleh kerajaan. Jadi itu sahaja yang menyebabkan mereka kekal dengan TH dan bagaimana TH dapat kekal beri dividen serta tahun ini dapat kekalkan keuntungan besar dalam sejarah iaitu RM30 bilion kerana apa, kerana TH meniaga. Lumrah berniaga, ada portfolio rugi dan untung tetapi analisis akhir bila campur untung rugi dan ternyata ia untung. Saya nak tanya kenapa kita nak fokus dekat yang rugi. Rugi itu banyak faktor, sebagai contoh dalam sektor perladangan kelapa sawit kita semua tahu harga kelapa sawit mengalami penurunan, tapi kita menjana keuntungan dalam sektor hartanah bila kita jual aset kita di London. Tetapi mereka kata TH terpaksa jual aset kerana tidak dapat bayar dividen. Bila ringgit turut dan pound sterling naik dan pengurusan TH merasakan itu adalah waktu terbaik untuk kita dapat keuntungan besar menjual aset berdasarkan kadar pertukaran wang yang berbeza. Memang itu kerja TH jual beli hartanah melainkan jual ibu pejabat TH, itu baru dikatakan rugi.

Kita perhatikan pihak atau individu menyerang institusi agama adalah orang Islam sendiri, jadi apa pandangan Datuk?

Masalah kita pada hari ini adalah cabaran paling besar kerana musuh bukan dari luar, musuh itu daripada dalam dan ini bukan benda baharu. Kalau kita melihat semula kepada sejarah, tamadun Islam yang jatuh bukannya kekuatan musuh dari luar, tetapi kejatuhannya hanya boleh direalisasikan oleh faktor dalaman. Mereka bukan sahaja bergaduh antara satu sama lain, bahkan sanggup bersekongkol dengan musuh untuk menjatuhkan Islam. Kejatuhan kerajaan Islam itu kerana orang Islam sendiri. Sebab itu hari ini cabaran paling besar adalah musuh dalam selimut. Tidak ada masalah mengkritik dan tidak ada masalah untuk mengkritik dalam soal institusi agama perlu dikemas kini. Kita akui kita tidak sempurna dan kita ke arah untuk kemas kini dan menambah baik institusi agama kita. Jangan pula kita mengkritik dengan cara mewajahkan sentimen kebencian dan fitnah supaya akhirnya wajah-wajah yang ditampilkan itu amat buruk sehingga menyebabkan manusia berkecenderungan mempercayai dan bertindak tidak wajar yang akhirnya boleh melumpuhkan bahkan menghancurkan institusi itu sendiri. Ini bukan mengkritik untuk membina, sebaliknya mengkritik untuk menghancurkan.

Kritikan menghancurkan ini akhirnya akan menghancurkan institusi itu sendiri kerana kita berani memperjudikannya. Adakah persepsi buruk terhadap institusi agama ini akan berterusan?

Cabaran paling besar hari ini adalah menangani keganasan persepsi. Persepsi akan terus berterusan sama ada orang ramai telah berubah persepsinya terhadap institusi agama atau tidak ia sukar untuk saya tentukan. Natijah dari sebaran maklumat yang saya kongsikan, memang ramai yang keluarkan wang mereka di TH sehingga menjejaskan giliran mereka untuk menunaikan haji. Itu beri kesan kepada mereka sendiri. Alhamdulillah ia tidak beri kesan kepada TH kerana mempunyai rizab yang besar dan majoriti masih mempercayai TH. Tapi kalau kita biarkan masyarakat terus dimainkan emosi mereka dan sentimen membenci TH, sudah tentu ia tidak dapat kekal lama kerana ia seperti bank lain. Kalau orang ramai tidak percaya kepada TH dan keluarkan duit mereka, sudah tentu akan lumpuh. Tetapi hakikatnya secara majoriti, masih ramai yang waras kerana mereka yang menyimpan di TH setiap sen di jamin oleh akta .

Mengenai salah laku, ia pasti mendatangkan fitnah kepada institusi itu sendiri dan wujud kelemahan-kelemahan dalam kalangan mereka yang menjaga institusi agama. Adakah faktor tersebut menyebabkan berlakunya masalah kepada perjalanan institusi?

Bila kita dipersepsikan bahawa pengurusan ini tidak amanah, ia jadi tidak amanah. Isu sekarang ini apakah mana-mana pegawai tinggi institusi agama dijatuhkan hukuman atau tidak. Kita berkecenderungan untuk menjadi hakim dalam ruangan media sosial untuk menjatuhkan hukuman sebelum terbukti kesalahan. Itu masalah kita, padahal dalam Islam prinsip menjatuhkan hukuman itu sesuatu yang amat ketat sehinggakan dalam Islam menyatakan lebih baik kita memaafkan daripada menjatuhkan hukuman kepada orang tidak bersalah. Kita hari ni sewenang-wenangnya menghukum bahawa TH ditadbir dan diuruskan oleh mereka yang salah laku. Isunya betulkah berlaku penyelewengan yang dibuktikan atau sekurang-kurangnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat. Siasatan tidak pernah dibuka pun sebab tidak ada isu pun. Orang kaitkan Pengerusi TH, padahal tugas pengerusi TH ini adalah hanya mempengerusikan mesyuarat lembaga sahaja dan tidak terlibat dengan hal ehwal urusan perjalanan operasi TH setiap hari. Tugasnya adalah mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah TH. Tetapi disebabkan politik, orang sudah melabelkan dan mengaitkan beliau dengan wajah-wajah fitnah yang pelbagai yang akhirnya cuba dikaitkan dengan TH.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.