Isu singkir MB Johor buang masa
KUALA LUMPUR - Isu menyingkirkan Datuk Seri Mohamed Khaled Norden
daripada jawatan Menteri Besar Johor seharusnya tidak timbul kerana
kepimpinan cemerlang yang dipamerkan olehnya, kata Menteri Pertahanan,
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, gerakan menukar menteri besar
tersebut merupakan satu tindakan yang sia-sia dan membuang masa.
Katanya, beliau tetap memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpunan Mohamed Khaled.
"Saya tengok tidak sepatutnya menjadi isu kerana kepimpinan beliau di
peringkat kerajaan negeri dan juga Badan Perhubungan Umno serta BN, saya
tengok berjalan dengan cukup baik dan membanggakan.
"Jadi kalau ada mana-mana pihak untuk menidakkan atau memperlekehkan
Johor dan kepimpinan Johor, saya mahu nyatakan di sini bahawa mereka
tidak ada asas dan membazirkan masa sahaja. Saya secara peribadi memberi
sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan beliau," katanya
ketika ditemui di Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, laman Facebook, Shukur Mohamad iaitu anak kepada Speaker
Dun Johor, Tan Sri Mohamad Aziz, mendakwa terdapat gerakan untuk menukar
Menteri Besar Johor.
Gerakan ini dikatakan diketuai oleh seorang timbalan menteri.
Timbalan menteri itu jugak didakwa akan menjawat jawatan tersebut menggantikan Mohamed Khaled.
"Saya tidak tahu siapa individu itu. Isunya sudah jadi perkara yang
dibincangkan. Cukup-cukuplah kerana pemimpin-pemimpin tertinggi dari
Johor sudah membuat kenyataan dan hari ini saya sebagai Naib Presiden
Umno yang datangnya dari Johor dan mengenali Mohamed Khalie secara
dekat, isu ini tidak seharusnya timbul.
"Kalau inilah pendirian kita, siapalah dia. Saya tidak tahu di Johor
ini boleh menidakkan suara-suara pemimpin Johor yang memegang jawatan
diperingkat tertinggi parti dan dalam kerajaan," katanya.
Sementara itu, menulas tindakan Umno Bahagian Pagoh yang mahu
menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Umno Bahagian,
Hishammuddin berkata, perkara itu bukan menjadi keutamaan parti dan ia
merupakan kehendak Umno Pagoh.
"Kalau ada apa-apa tindakan di peringkat bahagian, itu hak ahli-ahli
Umno kita di Pagoh. Kalau sekiranya kedudukan Ketua Umno Bahagian
Pagoh, kedudukannya di peringkat parti, ia harus diputuskan oleh Majlis
Tertinggi.
"Saya tengok ia membazirkan masa kerana saya nak lihat kehadapan dan
yang penting adalah kita rapatkan barisan. Kita selesaikan
perkara-perkara yang rakyat nak tahu berbanding kita bercakaran sesama
kita dalam parti," katanya.
1 orang berkata:
ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (-0823-9177-2208-) EYANG WORO MANGGOLO JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI.
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Post a Comment