Penahanan Rafizi ikut undang-undang, tegas Khalid
JOHOR BAHRU - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
mempertahankan tindakan pegawainya dalam penahanan Ahli Parlimen Pandan,
Rafizi Ramli pada 5 April lalu.
Khalid berkata, tindakan pegawainya dalam penahanan itu adalah mematuhi
undang-undang dan menegaskan ia dilakukan di luar kawasan Parlimen.
"Saya mempertahankan tindakan pegawai-pegawai saya, tiada undang-undang
melarang kita menangkap mana-mana individu kecuali imuniti bagi ahli
parlimen yang berada di kawasan Parlimen.
[ARTIKEL BERKAITAN: MP pembangkang serah memo kepada KPN]
[ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi direman berhubung pendedahan dokumen LTAT]
"Sebab itu kita ambil tindakan di luar pagar Parlimen selepas pondok
pengawal keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
Majlis Penutup Mesyuarat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti di IPK Johor di sini, pagi tadi.
Khalid berkata, penahan Setiausaha Agung PKR itu dibuat selepas
mendapat pengesahan Ketua Akauntan Negara bahawa maklumat yang
didedahkan Rafizi tertaklut di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Sebelum ini kita ada terima beberapa laporan tetapi tidak mendapat
pengesahan samada dokumen yang didedahkan termaktub di bawah OSA dan
kita hanya membuat penahanan selepas mendapat pengesahan.
"Rafizi sendiri turut mengakui dia mengetahui bahawa dokumen berkenaan
adalah termaktub di bawah OSA jadi dia sendiri yang mengundang diri
untuk ditangkap," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment