Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GST

Mahathir dakwa pernah jumpa Najib untuk tangguh GST
Mahathir dakwa pernah jumpa Najib untuk tangguh GST
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan pada demonstrasi Bantah GST di Dataran Merdeka hari ini. - Foto Sinar TV oleh MD. NIDZAM OSMAN

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pernah menyuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak meneruskan palaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 

"Saya sendiri pernah merayu kepada Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) jangan kenakan GST tetapi dia tak peduli kerana dia nak duit dari rakyat untuk bayar hutang.

"Dia hutang begitu banyak, tiada duit sebab itu dia tekan rakyat (dengan GST)," dakwa Mahathir ketika menyampaikan ucapa pada perhimpunan Bantah GST di Dataran Merdeka hari ini.

Menurut Mahathir, Najib merupakan punca kepada masalah yang dihadapi negara ketika ini.

"Sebelum ini, negara berada dalam keadaan yang cukup baik. Rakyat dapat kerja dan ada pendapatan," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, rakyat perlu menandatangani Deklarasi Rakyat bagi mendesak Najib berundur.

Menurutnya, sokongan rakyat perlu diambil kira dan rintihan mereka mesti didengari oleh Majlis Raja-raja.

"Tolong... tolong tandatangan Deklarasi Rakyat. Jangan lupa... supaya dapat kita bawa rintihan rakyat kepada raja-raja Melayu

Walaupun tiada dalam Perlembagaan tetapi raja-raja akan dengar suara rakyat. Tanpa rakyat, tidak ada raja," katanya.

Kata Mahathir lagi, himpunan semalam diharap tidak menjadi sia-sia sebaliknya dapat memberi tekanan terhadap pentadbiran negara.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.