Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OK LA TUH, RAMAI LA JUGAK !

Polis teliti segenap aspek semasa Bantah GST
Polis teliti segenap aspek semasa Bantah GST
Himpunan Bantah GST anjuran Parti Amanah di sekitar Kuala Lumpur. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Polis akan meneliti dari segenap aspek termasuk tindakan ke atas peserta yang didapati melanggar undang-undang semasa perhimpunan Mansuh GST di Dataran Merdeka hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung perhimpunan itu walaupun permit penganjuran masih belum dikeluarkan pihaknya.

"Perhimpunan dihadiri kira-kira 2,000 peserta dan tiada tangkapan dilakukan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zainol berkata, perhimpunan yang berlangsung selama tiga jam bermula jam 2 petang hingga 5 petang itu berlangsung dalam keadaan terkawal.

Perhimpunan anjuran Parti Amanah Negara bagi mendesak kerajaan memansuhkan cukai GST itu dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pimpinan pembangkang yang lain termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

1 orang berkata:

Unknown said...

Kenapa tak de org post gambar dr tempat tinggi.. betul ke 2000? Aku rasa lebih.. mungkin 20(G)18?..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.