RM42 bilion tidak hilang daripada 1MDB
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata laporan
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) menunjukkan RM42 bilion tidak hilang daripada syarikat itu
seperti didakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata di samping menunjukkan bahawa dakwaan dibuat
oleh Dr Mahathir itu adalah tidak betul, laporan itu telah mengenal
pasti kelemahan-kelemahan dalam struktur modal dan pengurusan 1MDB."Kami akan teliti dan bertindak ke atas syor-syor dalam laporan itu.
"Kami akan memastikan pengajaran diambil daripadanya, dan tindakan akan
diambil jika terdapat sebarang bukti kesalahan telah dilakukan,"
katanya dalam kenyataan bagi mengulas laporan itu, yang dibentangkan di
Dewan Rakyat hari ini.
Najib berkata kini sudah jelas bahawa dakwaan dilemparkan Dr Mahathir
terhadap 1MDB didorong oleh kepentingan peribadi, "bukan kepentingan
negara, dan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan".
Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan Kabinet pada Mac 2015 untuk meminta Ketua Audit Negara menjalankan siasatan bebas ke atas akaun kewangan 1MDB susulan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap 1MDB, seperti dakwaan Dr Mahathir bahawa RM42 bilion telah hilang.
Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan Kabinet pada Mac 2015 untuk meminta Ketua Audit Negara menjalankan siasatan bebas ke atas akaun kewangan 1MDB susulan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap 1MDB, seperti dakwaan Dr Mahathir bahawa RM42 bilion telah hilang.
"Untuk memastikan ketelusan proses ini, kami juga telah mengarahkan
supaya dapatan-dapatan itu dihantar untuk semakan oleh Jawatankuasa
Kira-Kira Wang - sebuah badan dwipartisan yang turut dianggotai anggota
Parlimen pembangkang," katanya.
Najib berkata, selepas melalui proses yang lengkap dan menyeluruh, PAC
hari ini mengeluarkan laporan mengandungi dapatan-dapatannya di
Parlimen.
"Laporan ini mewakili konsensus oleh anggota PAC, dan
dapatan-dapatannya adalah berdasarkan fakta dan beratus-ratus jam
menyemak dan menyiasat.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Audit Negara dan
PAC kerana mengeluarkan laporan yang komprehensif, konklusif dan
muktamad.
"Selepas membacanya, saya mendapati laporan PAC menunjukkan bahawa RM42
bilion tidak hilang daripada 1MDB, seperti didakwa oleh Tun Mahathir,"
katanya.
Najib berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap "pelan
ekonomi dan memperkukuhkan ekonomi - yang terus menunjukkan daya tahan
dalam berdepan cabaran-cabaran global". - Bernama
1 orang berkata:
شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة بافضل الاسعار شراء جميع انواع الاثاث والعفش المستعمل بالمدينة المنورة
شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة
شراء الاثاث المستعمل بالمدينه المنوره
http://usedfurniturestores.net/%d8%b4%d8%b1%d8%a7%d8%a1-%d8%a7%d9%84%d8%a7%d8%ab%d8%a7%d8%ab-%d8%a7%d9%84%d9%85%d8%b3%d8%aa%d8%b9%d9%85%d9%84-%d8%a8%d8%a7%d9%84%d9%85%d8%af%d9%8a%d9%86%d8%a9-%d8%a7%d9%84%d9%85%d9%86%d9%88%d8%b1
شركة نقل اثاث بالمدينة المنورة مع الفك والتركيب لجميع انحاء المملكة بايدى خبرة مدربة امينة سيارات مجهزة فنيين نجارة على اعلى مستوى بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل اثاث بالمدينة المنورة
تركيب غرف نوم بالمدينة المنورة
شركة نقل اثاث بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
http://usedfurniturestores.net/%d8%b4%d8%b1%d9%83%d8%a9-%d9%86%d9%82%d9%84-%d8%a7%d8%ab%d8%a7%d8%ab-%d8%a8%d8%a7%d9%84%d9%85%d8%af%d9%8a%d9%86%d8%a9-%d8%a7%d9%84%d9%85%d9%86%d9%88%d8%b1%d8%a9-%d8%a7%d9%84%d8%a7%d8%a8%d8%b7%d8%a7
شراء الاثاث المستعمل باالمدينة المنورة
خدمات تنظيف خزانات وغسيل كنب وسجاد بالمدينة المنورة
شركة غسيل كنب بالمدينة المنورة
شركة غسيل خزانات بالمدينة المنورة
نقل الاثاث مع الفك والتركيب والتغليف بجدة وشراء الاثاث المستعمل بجدة
شركة نفل اثاث بجدة
شراء الاثاث المستعمل بجدة
Post a Comment