Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAKATAN HARAPAN DAH MASUK KUBUR

DAP, PKR bawa haluan masing-masing
PRN Sarawak
Grafik Sinar Online

KUCHING - DAP dan PKR akan membawa haluan masing-masing pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, selepas kedua-dua pemimpin parti itu gagal mencapai persetujuan dalam menyelesaikan kemelut di kerusi sama yang ditandingi mereka.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata parti itu kini akan memberi fokus terhadap kesemua 31 kerusi yang ditandinginya, dan tidak akan lagi memikirkan berhubung perebutan kerusi dengan PKR.

Beliau mendakwa beberapa kawasan yang boleh dimenangi parti berkenaan pada PRN Sarawak telah terjejas dengan tindakan PKR itu kerana mencabuli perjanjian dengan DAP mengenai agihan kerusi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto parti berkenaan bertemakan 'Perkongsian Kekayaan Demi Rakyat Sarawak', di ibu pejabat DAP negeri, di sini hari ini.

DAP dan PKR akan bertembung di enam kerusi pada pilihan raya negeri kali ini, di Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Sementara itu, PKR bertegas tidak mahu menarik balik calonnya di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertindih dengan calon DAP, dan menolak cadangan pelan damai yang dicadangkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, semalam.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata parti berkenaan akan kekal bertanding di kesemua enam kerusi yang bertindih dengan DAP itu.

"DAP tidak serius dalam tawaran pertukaran kerusi Batu Kitang, dengan lima kerusi (Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong).

"Malah, jika dibandingkan dengan calon DAP yang dinamakan pada saat-saat akhir, calon kami, Voon Shiak Ni (DUN Batu Kitang) telah bekerja di kawasan itu lebih 10 hingga 15 tahun lepas dan lebih dikenali berbanding calon lain," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, di sini.

DAP menampilkan muka baharu, Abdul Aziz Isa Marindo, 26, yang merupakan pegawai khas kepada Chong, untuk bertanding di kerusi Batu Kitang.

Jayakumar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Loke, yang mencadangkan jalan tengah bagi mengatasi masalah pertindihan kerusi antara kedua-dua parti ialah PKR menarik balik lima calonnya bagi kerusi Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Sementara, DAP akan menarik balik calonnya di kerusi Batu Kitang.

"PKR akan teruskan dengan agenda. Malah strategi kempen telahpun bermula. DAP juga boleh meneruskan (agenda mereka)," kata Jayakumar.  - Bernama

3 orang berkata:

Unknown said...

Haha pakatan yg tiada harapan.

Unknown said...

Haha pakatan yg tiada harapan.

Anonymous said...

Manifesto DAP "Perkongsian KEKAYAAN demi rakyat Sarawak". Pelik je bunyinya.
Kekayaan nak diagih2kan kpd rakyat yg miskin ke? Atau apa maksudnya?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.