Himpun Mansuh GST: Angka bukan pengukur
SHAH ALAM - Kehambaran kehadiran peserta pada Himpunan Mansuh GST
anjuran Pakatan Harapan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan jumlah.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, kehadiran sekitar
2,000 orang pada perhimpunan itu, tidak boleh dianggap satu kegagalan.
“Kita tidak boleh kata perhimpunan itu gagal, walaupun tanpa kehadiran Pas. Bukan Pas tidak mahu sertai, tetapi kita fokus pada isu lain,” katanya.
Nasrudin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perhimpunan tersebut kerana Pas mempunyai agenda sendiri dalam membantah isu sama.
Katanya, Pas akan menganjurkan Demonstrasi Bantah Dual Language Programme (#Bantah DLP) bersama Himpunan Bantah GST sempena setahun GST.
“Pas dijangka menghantar notis kepada polis kira-kira jam 1.30 tengah esok (hari ini) (ketika Parlimen berehat) bagi memohon permit himpunan,” katanya.
Kelmarin, kira-kira 2,000 peserta himpunan menghadiri Himpunan Mansuh GST anjuran Pakatan Harapan. Himpunan dikatakan gagal kerana ketiadaan Pas.
Dalam pada itu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyimpulkan Himpunan Bantah GST kelmarin, berjaya mencapai sasaran parti.
Katanya, meskipun cuaca panas terik, peserta himpunan kekal berhimpun bagi melaungkan bantahan GST.
“Himpunan semalam (kelmarin) mencapai sasaran dan kehadiran agak baik. Orang-orang kampung pun hadir menyuarakan masalah ekonomi terutama penoreh getah,” katanya di Wisma Amanah Negara, semalam.

1 orang berkata:
Admin boleh tak kau blog komen pasal nombor togel! Kau dlm diam dpt saham akhirat sekali sebab blog kau gagal membendung iklan begini! Atau kau ni stokis no togel?
Post a Comment