Rayani Air henti operasi sementara
SHAH ALAM - Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia,
Rayani Air hari ini mengumumkan operasinya diberhentikan sementara, hari
ini.
Namun melalui pengumuman ringkas yang dibuat di Facebook rasminya itu tidak menyatakan sebarang alasan.
“Salam sejahtera, operasi Rayani Air diberhentikan buat sementara waktu
untuk penyelenggaraan pengurusan. Kami memohon maaf atas kesulitan ini.
Segala masalah boleh hubungi Rayani Call Centre,” umum syarikat
penerbangan yang baru beroperasi kira-kira tiga bulan itu.
Cubaan Sinar Online untuk mendapatkan respons Rayani Air masih gagal setakat ini.
Melalui laporan media tempatan, ada penumpang mendakwa juruterbang
Rayani Air telah melancarkan mogok hingga menyebabkan sekurang-kurangnya
tiga penerbangan dibatalkan, semalam.
Rayani Air turut berkongsi laporan berita mengenai juruterbangnya yang didakwa mogok itu di Facebook rasminya itu.
0 orang berkata:
Post a Comment