Tetap hadir walaupun kena gantung
IPOH - ”Saya tetap akan ke persidangan Dun Selasa depan kerana masih lagi wakil rakyat,” kata Leow Thye Yih.
Adun Aulong itu bersedia menghadapi sebarang halangan termasuk ditahan daripada memasuki dewan pada hari berkenaan.
Beliau telah menerima surat penggantungan itu pada 1 April lalu daripada Setiausaha Dun, Shahrul Azam Shaari.
Ketika ditanya kemungkinan kehadiran beliau pada persidangan tersebut
akan menyebabkan kekecohan walaupun diberi surat penggantungan, beliau
menjawab ringkas tunggu dan lihat.
“Saya hanya akan beri maklum balas selepas Speaker Dun jawab.
Kenyaataan hari ini akan disiarkan esok, saya yakin beliau akan jawab
esok.
“Selepas itu, saya akan bagi kenyataan semula mengenai hal ini ,” katanya ketika ditemui di Pejabat DAP Negeri hari ini.
Terdahulu, Adun Aulong dari DAP, Leow Thye Yih digantung selama sebulan
daripada menghadiri persidangan Dun dan semua majlis rasmi kerajaan
negeri berkuatkuasa 1 April hinggga 30 April depan.
Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 31 Mac lalu
selepas hampir tiga bulan bersidang setelah Sidang Dun meluluskan usul
dibawa Adun Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dalam Mesyuarat
Ketiga Penggal Ketiga, Dewan Negeri Perak ke-13 November lepas.
Pergantungan itu dibuat tanpa sebarang bayaran gaji dan elaun, termasuk
elaun tuntutan bulanan namun peruntukan RM4,000 untuk Pusat Khidmat
masih diteruskan kerana ia mengambil kira kepentingan rakyat di kawasan
itu.
0 orang berkata:
Post a Comment