Ahmad Nazlan nafi saran pecat Mukhriz, Muhyiddin
SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Jerantut, Ahmad Nazlan Idris menafikan
laporan sebuah portal berita tempatan bulan lalu yang memetik
kenyataannya berhubung tindakan pecat atau gantung Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ahmad Nazlan yang juga Ahli Parlimen Jerantut akui terkejut membaca kenyataannya yang diputar belit itu.
“Saya pelik apabila melihat dalam portal ini, ada kenyataan saya. Saya tidak pernah buat kenyataan itu. Saya pelik juga.
“(Ketika itu) saya kata, kita mengharapkan parti mengambil tindakan
berdasarkan kepada kesesuaian sama ada penggantungan, pemecatan atau apa
sahaja berdasarkan keperluan untuk pastikan Umno terus mantap. Tidak
ada (saya cakap) secara ‘direct (merujuk mana-mana individu),” katanya
kepada Sinar Online.
Bulan lalu, sebuah portal berita melaporkan Ahmad Nazlan berkata
sekiranya pemimpin-pemimpin yang membelakangkan kepentingan parti dan
bersekongkol dengan pembangkang untuk menyerang pucuk pimpinan itu
dipecat atau digantung, ia keputusan terbaik demi menjaga keharmonian
Umno.
Beliau dilaporkan berkata lagi tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad,
Muhyiddin dan Mukhriz bersekongkol dengan pembangkang, sangat
mengecewakan dan dikecam oleh Umno bahagian itu.
Jelas Ahmad Nazlan, kenyataan yang dibuat ketika itu sangat berlapik tanpa merujuk sesiapa.
“Namun, sekiranya sudah benar-benar sampai ke peringkat itu (dipecat),
kewajarannya ada, maka terpulang. Tapi saya tidak kata, pecat
ketiga-tiga ini! Tidak.
“Kalau terbukti melanggar (peraturan), kemudian sudah tiada jalan
walaupun kita sudah beri ruang, masih lagi menunjukkan seolah-olah orang
kata berkerat rotan, berpatah arang, mungkin di situ ada keperluan
(untuk pecat).
“Kalau nak buat pembersihan, lakukan secara menyeluruh tapi pada saya,
Umno itu sendiri perlu melihat secara menyeluruh sebabnya kita bimbang
bukan sahaja dua, tiga orang ini yang ada (wujud) tapi orang lain juga
ada yang tunggu dan lihat.
Ketegasan perlu ada pada Umno kalau rasa itu punca penyakitnya, maka kena rawat,” katanya.
2 orang berkata:
polo ralph lauren
cleveland cavaliers jerseys
fitflops sale clearance
fitflops sale clearance
cowboys jerseys
cheap oakley sunglasses
coach outlet online
fitflops sale clearance
ravens jerseys
longchamp outlet
zzzzz2018.5.9
moncler outlet
michael kors outlet clearance
michael kors uk
true religion outlet
coach factory outlet
reebok shoes
nike air huarache
michael kors handbags
nike outlet
canada goose jackets
Post a Comment