Halang tugas polis, Adun PKR ditangkap
KANGAR - Adun Indera Kayangan Chan Ming Kai yang didakwa menghalang
tugas polis di Taman Jaya Diri di sini, ditahan di Ibu Pejabat Polis
Kangar pukul 9.30 pagi ini.
Adun dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Beliau didakwa menghalang pemasangan menara telekomunikasi di kawasan
perumahan itu serta menghalang anggota polis melakukan kawalan
keselamatan.
Chan yang dihubungi Bernama hari ini berkata beliau membuat bantahan
itu kerana mendakwa syarikat Perlis Comm Sdn Bhd yang mendapat tender
kerja tersebut tidak memiliki permit khas dari Pejabat Tanah dan Galian
(PTG) Perlis walaupun mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Kangar
(MPK).
Ketua Polis Daerah Kangar Deputi Superintendan Wari Kiew mengesahkan
penahanan itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. - Bernama
3 orang berkata:
sungguh disayangkan dengan berita yang seperti ini, saya harap manusia semakin berkembang dan tentunya semakin berpikir secara positif :)
UMNO memang jahannam... tak lama lg kita kasi hancur..!!
Post a Comment