MB sedang hitung hari, Ahmad Said menghadap Sultan
KEMAMAN – Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa Datuk Seri Ahmad
Razif Abd Rahman kini sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada
jawatan menteri besar.
Ahmad berkata, beliau menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak untuk menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan
Zainal Abidin sebaik sahaja tuanku pulang dari luar negara untuk meminta
(perkenan) pertukaran menteri besar.
“Jangan sampai tuanku isytihar bubar Dun, (kalau terjadi macam itu)
habis lah. Keadaan sekarang Umno kritikal, kalau (dilakukan) pilihan
raya habislah (Umno berisiko kalah), jangan main-main.
“Jangan salahkan saya, saya telah beri ruang yang cukup, saya sayangkan
Terengganu...apa yang dia (Ahmad Razif) buat semua saya tahu. Tunggu
masa saya akan dedahkan, saya akan dedahkan perkara yang besar-besar
yang pada saya ia merugikan kerajaan negeri dan rakyat,” katanya
menyentuh mengenai sebab beliau menggesa pertukaran menteri besar.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan
Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kemaman Kali Ke-36, di
Resorts World Kijal, di sini, semalam.
Bekas menteri besar itu mendakwa, Ahmad Razif juga merupakan salah
seorang dalang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sebagai
menteri besar sebelum ini.
“Saya ‘gentleman’, saya buat depan orang ramai (cadang usul undi tidak
percaya)...marah dalam dewan, yang dia buat (pada) saya? Saya tak nak
cerita lagi tapi saya cerita sikit, dia (beliau) yang terlibat
menjatuhkan saya.
“Tapi ingat, Insya-ALLAH dengan kehendak ALLAH SWT, saya rasa menteri
besar sekarang sedang menghitung hari. Apa yang jadi halangan sekarang
kepada saya adalah Umno, kalau saya tak fikir Umno, hari itu (masa letak
jawatan sebagai menteri besar) saya dah keluar kerajaan. Sebab itu
(sayangkan Umno) saya (masih) tunggu,” katanya.
Menurutnya, kerana sayangkan parti, beliau tidak menghadap sultan
untuk meminta pembubaran Dun dilakukan sebelum meletak jawatan sebagai
menteri besar, dua tahun lalu.
“Kalau saya jahat tak sayangkan parti, dalam kedudukan 17 kerusi BN dan
15 pembangkang (dalam Dun Terengganu), saya cuma perlu menghadap tuanku
dan beritahu bahawa 10 orang (Adun BN) sudah tandatangan surat letak
jawatan dan minta Dun dibubarkan.
“Kalau bubar Dun dalam keadaan sekarang ini iaitu dengan kes 1MDB dan
cukai barang dan perkhidmatan (GST), kita (BN) boleh kalah. Saya sayang
(khuatir) yang itu saja, takut DAP perintah, kalau Pas, PKR tak apa
lagi. Sekarang DAP yang berkuasa,” katanya.
Pada Persidangan Dun pada 8 Mac lalu, Ahmad yang juga Ketua Umno
Bahagian Kemaman mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap
menteri besar namun cadangan itu ditolak Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd
Zubir Embong.
4 orang berkata:
Apa punya bodoh, DAP tak bertanding di Terengganu tapi boleh MB? Terlalu dunggu atau tengah pancing umpan untuk suap desak?
Pas trg n lain lain negeri harap bersedia.harap org serawak akan terima pas sekali ini.bumi kenyalang dap n pkrpun susah nak masuk.bumi kenyanglah tp orgnya miskin juga.balaknya hilang mcm kelantan juga tp kelantan pilih pas tentulah akan nampak beza kemudian nanti.ayuh trg kedah perak perkasakan pas.bersama tegakkan islam
Tolonglah pihak admin remove promo ttg angka angka ghaib ini yg menjurus kpd mensyirikkan Allah.
Post a Comment