RUU Mahkamah Syariah bukan helah Pas
SHAH ALAM - Usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
adalah demi mengangkat martabat mahkamah syariah di negara ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mahkamah
syariah pada hari ini menjadi bahan ketawa kerana hukuman yang
dijatuhkan gagal mencegah jenayah.
Katanya, hukuman yang dikenakan terhadap pesalah juga tidak
mencerminkan kehendak hukum syarak. Sebagai contoh, seorang pesalah
hanya dikenakan hukuman sebatan (maksimum) enam kali.
“Kerana itu bidang kuasa mahkamah syariah perlu ditingkatkan supaya hukuman boleh dijatuhkan sebagaimana dituntut Islam.
“Pelaksanaannya pula melibatkan kes-kes yang sudah dibicarakan di
mahkamah syariah iaitu kesalahan sedia ada dan bukannya kesalahan yang
baru,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim dalam blognya mengatakan RUU
Persendirian tersebut adalah sebahagian langkah untuk membenarkan hudud
di Kelantan.
Menurut Zaid, ia juga sebahagian daripada helah penipuan Abdul Hadi,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno dengan mengatakan
RUU tersebut tiada kaitan dengan hudud.
Menurut Tuan Ibrahim, hukuman itu ditingkatkan bagi menepati hukum
syarak, sama ada hukuman itu melibatkan hukum ta’zir atau hudud.
“Tetapi hukuman tersebut tidaklah sampai melibatkan hukum bunuh atau
potong tangan bagi kesalahan mencuri sebagaimana peruntukan
undang-undang,” katanya.
“Sedangkan dalam hukum hudud, hukuman boleh sampai kepada hukum bunuh, tetapi RUU in tidak sampai ke tahap itu,” katanya.
Katanya, ketika ini, mahkamah syariah juga sudah membicarakan kes-kes
di bawah hukum hudud seperti kesalahan menuduh orang berzina dan minum
arak. Namun hukuman dikenakan tidak menepati hukum syarak.
Mengulas mengenai bantahan orang bukan Islam terhadap RUU, Tuan Ibrahim
berkata, undang-undang tersebut hanya tertakluk kepada orang Islam
kerana ia berada di bawah mahkamah syariah.
“Mahkamah syariah tidak pernah membicarakan kes-kes melibatkan orang
bukan Islam. Jadi saya fikir orang bukan Islam tidak perlu campur tangan
atau menentang.
“Cuma dari segi peruntukan dalam Parlimen, ia boleh dibahaskan. Tetapi
menghalang orang Islam menyampaikan ajaran Islam itu bercanggah dengan
hak asasi manusia,” katanya.
Tambahnya, setiap individu bebas mengamalkan agamanya begitu juga dengan orang Islam. “Kalau kita berlapang dada untuk melihat perkara ini secara ilmiah,
maka ia boleh diterima.
Tetapi jika kita sudah ada sentimen anti atau
tidak suka kepada Islam, itu yang menyebabkan kita tolak,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan, bahawa RUU itu adalah agenda politik Abdul
Hadi, Tuan Ibrahim menegaskan, ia dilaksanakan kerana kewajipan sebagai
orang Islam.
“Kalau kita fikir ia agenda politik, kita akan rugi, kerana Pas mungkin
akan hilang pengundi Cina. Tetapi kita buat kerana tanggungjawab bukan
sebab politik,” katanya.
2 orang berkata:
شركة تنظيف منازل بجدة
تنظيف بالرياض
شركة تنظيف بالرياض
افضل شركة تنظيف بالرياض
شركة وادى الرياض
شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة تنظيف بجده
شركة تنظيف خزانات بجده
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة مكافحة النمل الابيض بالدمام
شركة مكافحة حشرات بخميس مشيط
شركة رش مبيدات بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالرياض
شركة مكافحة حشرات بجازان
شركة تنظيف بابها
Post a Comment