'Bukan potong tangan, jadi kenapa bising?'
SHAH ALAM - Susulan ada pihak yang mempertikaikan keputusan kerajaan
membenarkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah
(bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 dibentangkan di Dewan Rakyat, Mufti
Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mengulas isu
itu.
Menurutnya, ramai yang keliru dengan usul tersebut hingga timbul pelbagai tafsiran yang berlebihan.
"Terima kasih kepada Datuk Seri Jamil Khir yang menghubungi dan
menjelaskan kepada saya tadi tentang Akta 355 yang diusulkan oleh YB
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) semalam (kelmarin).
[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi berjaya bentang, bahas sidang akan datang]
"Ramai yang keliru sehingga berbalah. Ada pula yang membuat tafsiran
berlebihan kononnya undang-undang potong tangan dan rejam akan
dilaksanakan," katanya dalam status di Facebook, semalam.
Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut
Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam
hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1
Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan
undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah
mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang
disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.
Beliau kemudian mencadangkan usul di bawah peraturan mesyuarat 15(5) dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu
timbul salah faham apabila Abdul Hadi membentangkan RUU Persendirian itu
dengan hudud namun hakikatnya usul itu hanya pindaan untuk meningkatkan
kuasa Mahkamah Syariah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Najib nafi Abdul Hadi bentang hudud]
Kerajaan sebelumnya memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Mohd Asri berkata, pindaan tersebut tidak sama sekali
membabitkan penguatkuasaan kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman
potong tangan ataupun rejam.
"Sebenarnya, pindaan tersebut sekadar membolehkan kadar hukuman
undang-undang yang sedia ada ditingkatkan sahaja. Ia sama sekali tidak
membabitkan hukuman potong tangan ataupun rejam. "Habis, apakah yang dibisingkan?!!," katanya.
Sebelum ini, pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat
lantang mengkritik tindakan pembentangan usul yang dibawa Pas itu.
4 orang berkata:
Kapir dan munafik sampai kiamat pun tak akan reda dgn. Islam.
Cuma cara berbeza. Kapir akan tentang secara terangan. Tapi munafik tetang secara memutar mutar kan isu.
Jelas lah sekarang siapa kapir dan siapa pula munafik
Nak kata apa lagi dah jenis wakil rakyat bengong.tak faham dgn ruu yg di bawa tghh.lagi kenapa puak yg bkn Islam melompat dan jadi sasau.pada hal ruu tu hanya melibatkan org Islam.
pan pak turut dap. klu dap tak setuju pan pun tak setuju...makan dedak da....
nike factory store
ugg boots
oakley sunglasses
tennessee titans jersey
oakley vault
coach outlet
cheap ray bans
coach outlet online
ugg boots
true religion outlet
Post a Comment