Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKAN ISLAM TIDAK PATUT PERTIKAI, KALO ORANG ISLAM PERTIKAI MAKA SAMALAH MEREKA SATU GENG

Pembentangan usul Hadi bukti keterbukaan kerajaan
Datuk Seri Azalina Othman

KUALA LUMPUR - Pembentangan usul Rang Undang-Undang ersendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat hari ini adalah bukti keterbukaan kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman.

Azalina berkata tindakan itu dilihat selaras dengan usaha reformasi Parlimen yang mula dilaksanakan pada sidang kali ini. "Usul seperti ini boleh dibawa oleh mana-mana anggota Dewan Rakyat. 

"Sebelum ini Ahli Parlimen Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah) juga pernah membawa Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Pertubuhan 1966 pada 5 Disember 1988, Rang Undang-undang itu dibuat sehingga ke peringkat perbahasan dan undian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azalina berkata kerajaan akan terus komited bagi memastikan institusi Parlimen dimartabatkan dan amalan demokrasi di negara ini terpelihara.   

Terdahulu Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul itu selepas Parlimen bersidang semula pada sebelah petang.

Usul berkenaan bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Hadi kemudian mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang di bawah Peraturan Mesyuarat 15 (5).

Peraturan Mesyuarat 15 (5) memperuntukkan usul seseorang yang bukan ahli kerajaan yang telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang bukan ahli kerajaan. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.