Fahami tujuan pindaan RUU Mahkamah Syariah
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
menyifatkan mereka yang menentang atau mengkritik pembentangan usul Rang
Undang-Undang Persendirian mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat minggu lepas,
tidak memahami tujuan usul itu dibentangkan.
Beliau berkata, usul itu dibentangkan untuk memartabatkan Mahkamah Syariah dan ia hanya melibatkan umat Islam.
"Kita membawa usul ini adalah untuk memartabatkan Mahkamah Syariah
supaya mereka boleh kenakan hukuman yang lebih tinggi berbanding
sekarang hanya diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman tidak melebihi
tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan," katanya kepada
pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada pembeli di Taman
Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata,
sememangnya cadangan pindaan akta berkenaan perlu mendapat kerjasama
daripada kerajaan persekutuan kerana kerajaan sendiri memang ada hasrat
untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah.
"Saya yakin sekiranya ada perbincangan secara objektif, secara ilmiah
dalam masa beberapa bulan ini, saya merasakan ramai orang yang akan
faham.
"Seperti juga ketika kerajaan memperkenalkan perbankan Islam, takaful
Islam, masa itu ramai yang sangsi dan pertikai tetapi bila lihat banyak
faedahnya kepada masyarakat, maka ramai yang ikutinya termasuk orang
bukan Islam yang menyimpan dan membuat pinjaman," katanya. - Bernama
1 orang berkata:
PINJAMAN PERIBADI DARI $ 50,000 - $ 1.000.000 IN JUST 24 JAM MOHON SEKARANG
Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman dari syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang untuk kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui e-mel:
homefund01@gmail.com
(1) Nama Penuh
(2) Alamat Penuh
(3) Negara
(4) Umur
(5) Pekerjaan
(6) Beritahu nombor telefon
(7) Seks:
(8) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
(9) Tempoh Pinjaman
Email kami di: homefund01@gmail.com
Post a Comment