Laporan polis isu dakwaan Agong kena 'tahanan rumah'
KUALA LUMPUR - Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis
terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaannya bahawa Yang
di-Pertuan dan Raja-Raja Melayu telah dikenakan tahanan rumah.
Beliau berkata dakwaan bekas perdana menteri itu adalah "palsu dan jahat".
Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu mengambil
perhatian bahawa beberapa protal berita telah melaporkan mengenai
perkara itu.
Katanya, Dr Mahathir mendakwa tahanan rumah itu bertujuan menghalang
Yang di-Pertuan Agong daripada menerima tandatangan 1.4 juta rakyat yang
beliau (Dr Mahathir) dakwa telah dikumpulkan.
"Dengan menuduh kerajaan mengenakan tahanan rumah ke atas Seri Paduka,
Tun Mahathir bersikap keterlaluan, melampaui batas," katanya kepada
pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Beliau turut menyelar Dr Mahathir berhubung cubaannya melibatkan raja
berperlembagaan dalam politik, serta politik partisan untuk
kepentingannya.
Tunku Abdul Aziz berkata, tindakan Dr Mahathir itu telah menimbulkan
kekeliruan dan boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam, dan
menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap bekas perdana
menteri itu. – Bernama
2 orang berkata:
Bodoh punya orang.... tak tahu antara reality dan sindiran..
Sudah nyanyok kot dia ni.
Mahathir lupa selain raja, dia juga belum pernah kena tahan.. sebab tu ramai ahli parti pembangkang sanggup perhambakan diri pd si dewa Mahathir..
Post a Comment