Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CALON PAS SUDAH ADA TUNGGU DI ISTIHARKAN

Dua PRK: Calon PAS ‘Bertenaga’


PAS akan mengenengahkan calon-calon yang ‘bertenaga’ dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Syura Ulamak PAS telah meluluskan nama-nama itu dalam mesyuaratnya.

“Nama-nama sudah diluluskan Majlis Syura’ Ulama’ semalam, nama-nama dah ada.Tunggu hari pengisytiharan.

“Kita akan buat pengisytiharan. Kita akan buat pengisytiharan sebelum penamaan calon,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu di Shah Alam pada Sabtu 15 Mei.

Ditanya lanjut tentang calon itu samada ‘tua atau muda’ beliau menjawab ia adalah seorang calon yang ‘bertenaga’.

Mengulas komen Tan Sri Anuar Musa yang  meminta PAS beri laluan kepada BN, sebagaimana BN memberi kemenangan percuma kepada PAS di DUN Cempaka, beliau berkata Malaysia adalah negara demokrasi.

“Kita mesti menerima pandangan semua pihak yang diambil daripada parti-parti politik. Kita tidak boleh halang mana-mana parti politik.

“PAS ada mesej yang tersendiri.PAS merasakan ini tanggungjawab untuk menyampaikan mesej yang lebih kuat, untuk pilihanraya akan datang,

“Maka kita perlu menang di Sungai Besar dengan Kuala Kangsar,tegasnya.

Katanya, walaupun PAS sedar pilihan raya bermakna berdepan dengan jentera kerajaan bukan berdepan  dengan parti Barisan Nasional
namun tidak mustahil PAS boleh menang.

“Kerajaan akan mengerahkan jentera-jentera kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan dan alat-alat dia, pilihanraya tidak seimbang, padang tak sama rata,

“Namun tak mustahil kita menang. Kita pernah menang di Arau, pernah menang di Kuala. Terengganu, pernah menang di beberapa tempat lagi,”ujarnya yakin.

3 orang berkata:

khirul said...

Sapa la agaknyer....aku tak kenei pun orang Pas yg fofular kat kuala kangsor nie.... kecuali Rj
Iskandar jer....tp dengor cerita.. dia tamau... kalau dialah calon nyer...aku sokong..walaupun aku tak.sokong presideng parti tu...heeee....wuekkk

Unknown said...

Hak hang la nak sokong sapa pun.

Unknown said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.