AMANAH BOLEH LA DAPATKAN UNDI AHLI DAP, CINA KAN KE RAMAINEGARA DEMOKRASI SIAPAPUN BOLEH BERTANDING ! KALO LETAK LAMBANG KUALI LAGI LA CEPAT MENANG ! - Pak Karamu
Analisis: Amanah jadi penentu siapa menang PRK
DARIPADA blok pembangkang, setakat ini hanya Pas yang
berterus terang akan meletak calon di kedua-dua PRK – Sungai Besar dan
Kuala Kangsar. Amanah masih berteka-teki. Pakatan Harapan dijangka akan
membuat keputusan mengenainya pada mesyuarat Majlis Presiden esok
(Isnin).
Dilihat pada ombak yang sedang bergelombang, hampir pasti Amanah yang
akan mewakili Pakatan Harapan jika mereka membuat keputusan untuk
menyertai persaingan yang dijangka sekurang-kurangnya tiga penjuru pada
kedua-dua pilihan raya itu.
Jika ini menjadi kenyataan, siapa pun yang jadi calon parti itu, Amanah
pasti akan kalah besar malah bukan mustahil akan hilang wang
pertaruhan.
Di Sungai Besar, tersebar cakap-cakap kononnya Presiden Amanah sendiri,
Mohamad Sabu akan diletak sebagai calon. Sebagai satu-satunya pemimpin
No. 1 parti yang tidak bergelar YB, wajarlah untuk Mat Sabu bertanding
namun harus dipastikan, keputusan yang diambil itu jangan hanya akan
lebih memalukan!
Meskipun kekalahan Amanah sama ada di Sungai Besar ataupun di Kuala
Kangsar mudah untuk dijangka, ramai pemerhati politik berpendapat, parti
itu akan jadi faktor penentu.
Analisisnya mudah. Di Sungai Besar, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon
telahpun dipilih menjadi anggota Parlimen kawasan itu sejak 2004 lagi.
Beliau dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang baik, cekap lagi
bertanggungjawab. Dengan imej yang sedemikian, Noriah berjaya
mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar hingga masuk penggal ketiga
meskipun dengan majoriti yang banyak menyusut.
Ketika pertama kali bertanding, beliau menang menewaskan Sallehen
Mukhyi daripada Pas dengan 7,349 undi majoriti, Pada 2008, beliau
mengatasi Osman Sabran, juga daripada Pas dengan 5,009 undi. Pada 2013,
Noriah sekadar memperolehi 399 undi majoriti untuk menewaskan Mohamed
Salleh M, Hussin (Pas).
Dengan perbezaan undi yang begitu hampir, Sungai Besar bukanlah kawasan yang selamat bagi BN.
Pas diura-urakan akan mencalonkan semula Cikgu Mohamed Salleh pada PRK
ini. Dengan perolehan undi sebanyak 18,296 (48 peratus) berbanding
Noriah, 18,695 (49 peratus) pada PRU lalu, Pas boleh dikira mempunyai
harapan cerah untuk menang pada PRK kali ini.
Noriah berjaya mempertahankan kerusinya hingga masuk penggal ketiga
atas perkhidmatan yang baik. Di samping itu, ketika PRU13, isu-isu panas
seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion belum lagi meletup. Itu pun beliau
menang dengan undi majoriti yang sangat kecil.
Pada masa ini, senario sudah banyak berubah. Pas mempunyai peluang yang
lebih cerah berbanding pada PRU13. Bagaimanapun peluang yang cerah itu
berkemungkinan akan jadi sebaliknya jika Amanah turut sama masuk daun.
Amanah menguar-uarkan bahawa kawasan tradisi di mana Pas bertanding
adalah kawasan yang diperuntukkan kepadanya untuk mewakili Pakatan
Harapan, termasuk di Sungai Besar.
Parti itu mengambil alih pusaka orang yang masih hidup?
Penyertaan Amanah akan menyebabkan undi propembangkang berpecah.
Meskipun penyokong-penyokong DAP dilaporkan begitu marah terhadap Pas
namun di peringkat akar umbi, mereka yang pernah mengundi bulan pada
pilihan raya umum lalu, mungkin masih nampak bulan juga hingga sekarang
jika yang ada hanya dua simbol parti pada kertas undi. Ini kerana mereka
lebih lama marahkan dacing berbanding bulan.
Kawasan Parlimen Sungai Besar terbahagi kepada dua Dun iaitu Sungai
Panjang dan Sekinchan. Sungai Panjang mempunyai lebih 80 peratus
pengundi Melayu manakala Dun Sekinchan pula merangkumi hampir 60 peratus
pengundi Cina dan 42 peratus pengundi Melayu.
Di Dun Sekinchan, DAP mengalahkan BN dengan lebih 2,000 undi majoriti pada PRU13. Ini angka yang sangat besar untuk diubah!
Jika Amanah masuk bertanding pada PRK 18 Jun ini, pengundi Cina di Dun
Sekinchan yang sudah terbiasa mengundi DAP hampir pasti akan memberi
undi kepada calon parti itu.
Adun Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim sudah jadi wakil rakyat sejak
2008. Beliau sudah pasti akan menggunakan pengaruhnya yang kuat di
kawasan itu untuk mempengaruhi pengundi menolak kedua-dua BN dan Pas.
Suee Lim yang fasih bertutur dalam bahasa Jawa - pernah dapat liputan
televisyen di Indonesia atas kebolehannya itu - juga mampu mempengaruhi
pengundi Melayu yang berketurunan Jawa untuk mengundi calon Amanah.
Harus diingat, sebahagian besar daripada pengundi yang didaftarkan
sebagai Melayu di kawasan Sungai Besar adalah daripada keturunan Jawa.
Dengan itu, Pas berkemungkinan akan hilang banyak undi jika Amanah
masuk campur dalam PRK ini. Ini boleh dikatakan kerana sebahagian
daripada undi yang diperoleh Pas pada PRU13 adalah datang daripada
pengundi Cina di Dun Sekinchan.
Jika dilihat pada perolehan undi Pas di Sungai Panjang pada pilihan
raya umum lalu, calon parti itu, Mohd Fazlin Taslimin yang juga Yang
Dipertua Pas Sungai Besar ditewaskan oleh calom BN, Budiman Zohdi dengan
lebih 2,000 undi.
Ini sekali gus menunjukkan Pas tidaklah begitu kuat di kawasan majoriti Melayu di Parlimen Sungai Besar.
Dengan itu, masuk atau tidaknya Amanah bertanding pada PRK Sungai
Besar, bolehlah dianggap sebagai faktor yang akan menentukan siapa yang
akan muncul sebagai pemenang. Jika Amanah meletak calonnya, peluang BN
untuk mengekalkan kerusi itu akan jadi lebih cerah dengan sendirinya
akibat perpecahan undi propembangkang.
Tanpa 'gangguan' daripada Amanah, dengan isu-isu semasa yang berlegar
sekarang, Pas sebaliknya mempunyai harapan yang tidak kurang cerah
untuk merampas kerusi tersebut dari tangan BN.
Sehubungan itu, penyertaan Amanah dalam PRK Sungai Besar bolehlah
dianggap hanya kacau daun bagi Pas kerana peluang parti itu untuk menang
adalah sangat tipis. Dalam kata lain, Amanah akan dilihat lebih
membantu BN untuk menang dan mengekalkan kerusi.
Dengan itu, pembangkang haruslah bermuhasabah dengan meneliti kesan
pertembungan sesama sendiri di Sarawak, bukan melihat siapa yang
mendapat undi lebih banyak dalam keadaan kedua-duanya kalah.
Di Sungai Besar, jika hal yang sama berlaku lagi, pasti kedua-duanya
akan sama-sama terbakar, yang tinggal hanya untuk menentukan siapa yang
jadi arang, siapa pula yang akan jadi abu!
2 orang berkata:
Bn pasti.menang
Pas..tak tambah undi..
Amanah...dapat ler sikit...
Kita tengok jer nanti...
Selagi penbangkang tak bersatu...jangan mimpi nak menang.
peluang umno utk menang klu dua parti pmbangkang brtnding.
Post a Comment