Sedia sebarang kemungkinan selepas PRK
Abdul Hadi Awang
MELAKA - Pas bersedia sebarang kemungkinan termasuk menghadapi dakwaan
'kata dua' Menteri Besar Selangor supaya tiga Exco Selangor dari parti
itu meletakkan jawatan jika bertegas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil
(PRK) Sungai Besar.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal kedudukan ahli
Exco adalah urusan sesebuah negeri malah pelantikan dilakukan harus
mendapat perkenan Sultan.
“Saya cuma mendapat khabar berita angin dan ia mungkin betul dan mungkin salah.
"Kalau benar pun dia nak minta Exco letak jawatan, soal pelantikan Exco
adalah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihan
raya adalah soal parti.
“Lagipun, pelantikan Exco harus mendapat perkenan sultan menerusi dan
ada angkat sumpah. Sebab itu kita bersedia dengan segala kemungkinan,
perkara ini terpulanglah pada Sultan. Apa pun saya harap perkara ini
adalah khabar angin,” katanya.
Abdul Hadi berkata demikian mengulas spekulasi berhubung dakwaan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahukan tiga
Exco Selangor daripada Pas meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu
calonnya bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar.
Terdahulu, Pas Selangor semalam turut menyangkal spekulasi berhubung
dakwaan ‘kata dua’ dari Azmin supaya tiga Exco kerajaan negeri daripada
parti itu meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu calonnya
bertanding dalam PRK Sungai Besar.
Malah Azmin juga turut menafikan perkara berkenaan.
2 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
pittsburgh steelers jersey
basketball shoes
falcons jersey
carolina panthers jersey
nike air max 90
new england patriots jerseys
jordan 8
san antonio spurs jerseys
ugg outlet
snapbacks wholesale
Post a Comment