Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

firaunpun orang lawan inikan pula cengkadak

Pas tidak gentar hadapi lawan
Razman Zakaria
Razman Zakaria

IPOH - Pas Perak tidak gentar berdepan dengan mana-mana calon termasuk bekas tokoh parti itu yang mewakili Pakatan Harapan pada PRK Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun depan.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, perkara itu ditekankan kerana Pas sendiri pernah berhadapan dengan bekas presiden parti itu, Tan Sri Mohd Asri Muda pada PRN Kelantan di era 1978.

“Kalau ikut sejarah , lawan yang kita hadapi bukan calang-calang. Pas pernah berdepan dengan bekas presiden, Tan Sri Asri yang mewakili Berjasa suatu ketika dulu.

“Walaupun dikatakan kebanyakan pimpinan Pas ketika itu ikut beliau, namun kita tetap tak berpecah dan terus bertanding,” katanya pada sidang media di Pejabat Pas Perak, di sini, semalam.

Razman berkata, kerjasama yang berlaku dalam Pakatan Harapan juga tidak menggambarkan kesepakatan dan perkara itu dibuktikan melalui PRN Sarawak lalu.

“Baru berpakat, tiba-tiba PRN Sarawak mereka bertanding sesama sendiri di beberapa kerusi. Di Sungai Besar pun (perebutan), antara PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). Jadi, jelas nampak mereka tiada hala tuju,” katanya.

Beliau berkata, tujuan Pas bertanding adalah untuk menyatakan protes sekali gus menolak penyelewengan yang berlaku dalam urus tadbir negara.

“Penyelewengan yang berlaku amat parah. Jika kita tak letak calon, ia mengesahkan perbuatan yang dibuat BN. Kalau kita menang, sekurang-kurangnya ada satu suara di Parlimen yang tegas menolak kepincangan daripada berlaku,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zawawi tidak melihat mana-mana tokoh dalam kalangan pimpinan Umno negeri in  mampu menggantikan kekosongan yang ditinggalkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad.

“Kita memang tiada masalah dengan arwah dan bagi saya sukar kalangan pimpinan Umno tempatan untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.