PRK: Tak tolong, tapi jangan menyusahkan Pas
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap
pihak pembangkang yang tidak berhasrat membantunya dalam Pilihan Raya
Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bulan depan tidak
menyusahkan parti Islam itu.
“Diharapkan pihak pembangkang yang tidak sudi membantu Pas, jangan
mengambil sikap menyusahkan sambil memudahkan kerja BN mencapai
kemenangan di kedua-dua PRK ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Pas bertegas untuk bertanding di kedua-dua kerusi tradisinya 18 Jun ini
meskipun Pakatan Harapan mengajak parti Islam itu berunding.
Dalam kenyataan sama, Tuan Ibrahim membangkitkan persoalan mengenai
peruntukan yang bakal dijanjikan BN di kedua-dua kawasan Parlimen
tersebut.
“Berapakah jumlah yang BN bakal janjikan pula sempena PRK Sungai Besar
dan Kuala Kangsar yang bakal menjelang memandangkan kedua-dua PRK ini
menjadi referendum penting bagi nyawa politik Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak?
“Menurut Menteri di JPM Datuk Seri Azalina Othman Said, kerajaan BN
telah menjanjikan 400 projek bernilai RM792.34 juta untuk Sarawak
sempena pilihan raya negeri.
“Melihat cara BN berkempen dengan janji RM792 juta di Sarawak, tidak
dinafikan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bakal menyaksikan satu
pertempuran sengit antara BN dan Pas,” katanya.
1 orang berkata:
Biarlah pkr tu,pan lg la.namapun dah pan p terbalikan dr d saja.lebih kurang sj partinya.sj nak kelirukan org sj.kita berundinglah mana yg dapat tak dpt buat bertenang lah.lawan
najib tetap lawan.pan bolehlah nak masuk bertanding buat risiko utk blok pembangkang.jd ulat kacau daun pas.daun tak akan apa apa kalau dah disembur racun seranga perosak.ulat itu akan jatuh sendiri nanti.jika pkrpun mungkin kartel mat min.rafizi nanti akan berbulu sj n mengadu kpd dap.mengadu kat kaj jijah dapat kipas je.jika pkr bertanding hubungan pkr pas mungkin akan meretak.
Post a Comment