Skandal Selangor: Rafizi lapor SPRM minggu depan
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli akan membuat laporan
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aduan
salah laku dalam partinya Isnin ini.
Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan berkata, laporan itu
akan dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 11:30 pagi pada
tarikh tersebut.
"Suka saya memaklumkan kepada semua (termasuklah rakan-rakan
Umno/Barisan Nasional yang seperti kadok naik junjung mendesak saya
membuat laporan SPRM sedang mereka menikus mengenai 1MDB dan pelbagai
skandal lain).
"Bahawa saya akan membuat laporan SPRM mengenai aduan salah laku (yang
saya rujuk di dalam WhatsApp yang dibocorkan) pada tarikh dan waktu
tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kes habuan wang, wanita: Rafizi rujuk Presiden PKR]
Mengulas lanjut, Rafizi berharap rakyat memahami bahawa komitmennya
kepada pencegahan rasuah adalah tidak berbelah bahagi baik di dalam atau
luar parti.
"Saya juga perlu sensitif kepada adu domba politik yang boleh
mengeruhkan keadaan. Alhamdulillah Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail dan Biro Politik membuat keputusan yang tepat seperti
yang saya yakini dari awal.
"Presiden (Wan Azizah) bersama-sama Biro Politik mengarahkan bahawa
saya membawa terus semua aduan yang saya perolehi sekarang ke SPRM agar
siasatan telus boleh dimulakan," katanya.
Terdahulu, dalam WhatsApp yang dibocorkan wujudnya dakwaan berlaku
salah laku rasuah dan habuan wanita dalam urusan dengan Kerajaan
Selangor.
1 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment