Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kajian perlu,keputusan tegas juga perlu

Pas akan kaji cadangan ambil semula kerusi
Muktamar Pemuda Pas
Perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-57 di sini, hari ini. – Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU - Pas Pusat akan mengkaji cadangan yang dikemukakan sayap Pemuda berhubung pembahagian kerusi pilihan raya dan membincangkannya dengan PKR.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya melihat lebih penting agar kemelut yang melanda pakatan pembangkang itu dihentikan.

"Pas Pusat akan mengkaji cadangan tersebut dan kita akan bincang di peringkat Pusat. Insya-ALLAH kita akan teliti bersama-sama rakan kita, PKR.

"Itu satu cadangan positif, baik untuk lihat kemenangan bagi rakyat. Saya fikir yang penting supaya kemelut yang ada ini dpt dihentikan," katanya pada sidang media selepas perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-57 di sini, hari ini.

Sebelum ini dalam Ucaptama Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menyarankan pimpinan Pas mengkaji kembali agihan kerusi Dun dan Parlimen yang bakal ditandingi parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Dalam pada itu, menurut Tuan Ibrahim, tahaluf siyasi dengan parti politik memang sentiasa dikaji termasuk agihan kerusi, kekuatan sokongan serta jentera pilihan raya.

"Saya seringkali sebut pembangkang sepatutnya bersatu dalam erti kata lain, ruang yang ada kekuatan untuk menang kita beri kepada parti tersebut," katanya.

Sementara, Nik Abduh ketika diminta mengulas lanjut cadangan tersebut pada sidang media sama berkata, pembahagian kerusi pembangkang pada hari ini adalah berdasarkan kerjasama ketika Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP.

"Secara mudahnya, keadaan politik hari ini selepas PRU13 telah berubah. Pembahagian kerusi adalah berdasarkan pada PR sebelum PRU12.

"Jadi kami merasa tiba masanya selepas politik sudah berubah untuk Pas menilai balik kerusi-kerusi yang diagihkan sebelum ini kerana ini adalah tuntutan dari akar umbi.

"Supaya kawasan-kawasan yang kita yakin Pas lebih berhak untuk bertanding itu diharap pimpinan kita dapat nilai semula," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.