Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO HANG TUAH NI ADA, MANA KETURUNAN HANG LA NI ! DIA BERASAL DARI KEDAH KA !!!!!

Tiada ujian DNA tidak beri kesan fakta Hang Tuah
Hang Tuah
Gambar hiasan

MELAKA - Ketiadaan ujian asid deoksiribonakliek (DNA) dan kajian arkeologi tidak memberi kesan terhadap fakta sejarah tentang kewujudan Hang Tuah, kata Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmim.

Beliau berkata ini kerana kajian mengenai legenda Melayu global itu dibuat pakar sejarah serta sastera sejak 60 tahun yang lepas dan mereka sepakat mengatakan Hang Tuah memang wujud.

"Bukti-bukti kewujudan pahlawan Hang Tuah amat kukuh dan tidak boleh dipertikaikan lagi...saranan ujian DNA diadakan tidak perlu dan membuang masa," katanya menerusi kenyataan kepada Bernama di sini.

Sebelum ini, pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berpendapat ujian DNA perlu dilakukan bagi membuktikan sama ada Hang Tuah itu wujud atau hanya sebuah cerita dongeng semata-mata.

Pada 19 Mei lepas, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bukti arkeologi kewujudan Hang Tuah belum ditemui, namun majoriti sarjana tempatan bersepakat makam Hang Tuah terletak di Tanjung Keling, Melaka manakala keris Taming Sari adalah sebahagian daripada regalia Diraja Perak.

Dalam laporan khas Bernama mengenai pahlawan terbilang itu pada 9 Mei lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dipetik sebagai berkata Hang Tuah bukan figura mitos serta meminta pihak yang menafikan kewujudannya mengemukakan bukti kukuh.

Sambil menyokong kenyataan Idris, Mohd Jamil berkata Iksep menyarankan Jabatan Warisan Negara membuat kajian arkeologi secara menyeluruh, komprehensif dan berterusan berkaitan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

"Iksep mendapati kajian arkeologi dibuat Jabatan Warisan Negara hanya sebahagian kecil sahaja. (Kajian itu perlu dilakukan) bukan sahaja di Kota Melaka tetapi di lokasi terpilih di seluruh rantau Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-13 hingga 16," katanya. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.