Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS PERLU KEMASKINI JENTERA PILIHANRAYA

Tempoh masa untuk Pas makin suntuk
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas mengakui mempunyai tempoh kurang sebulan untuk memenangi hati pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bertepatan dengan Ramadan Jun depan, Pas hanya akan memberi fokus kepada persiapan jentera pilihan raya dan penyusunan semua gerak kerja bagi memenangi kedua-dua PRK ini.

“Pas telah pun membentuk Jawatankuasa Induk dan Operasi PRK ini. Matlamat Pas adalah menumbangkan BN sebagai membawa mesej bahawa rakyat menolak parti itu.

“Tidak timbul isu bahawa Pas akan berundur ke belakang daripada matlamat ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim turut Pas menggesa blok pembangkang bersatu dalam menyokong calon Pas.

“Ia sebagai isyarat kepada Umno-BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa blok pembangkang sedia melupakan perbezaan parti politik demi masa depan rakyat dan negara.

“Jika tidak, terpaksalah blok pembangkang bersedia melihat yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang, manakala Presiden Umno itu terus tersenyum riang,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.