Ulamak Pas kutuk DAP kerana iktiraf LGBT
PASIR PUTEH - Dewan Ulamak Pas Pusat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memberi pengiktirafan kepada gejala
lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Ketuanya, Datuk Dr Mahfouz Muhammad menegaskan, pengiktirafan itu
dibuat menerusi penubuhan Jawatankuasa Transgender yang mengadakan
mesyuarat pertamanya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang pada 17
Mei lalu.
"Dewan Ulama tidak sokong bawa agenda perhubungan sesama jenis ini,
kita seru ulamak, mereka wajib memimpin masyarakat dengan ilmu dan
amanah bebaskan khurafat warisan penjajah," katanya ketika menyampaikan
ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Ulamak Pas ke-55, di Sweet Beach
Resort, Tok Bali, di sini, hari ini.
3 orang berkata:
tolak lgbt
lgbt aliran umat terkutuk zaman nabi luth
jangan kasih peluang lgbt untuk hidup
Post a Comment