'Cari modal lainlah kalau nak lawan Pas'
BUKIT CHANDAN - Calon yang akan mewakili Pas dalam PRK Kuala Kangsar
adalah individu berintegriti, taat kepada perintah ALLAH, Rasul dan
parti.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, mereka menolak memilih calon
yang tidak mempunyai kesetiaan yang tinggi kerana enggan pengundi rasa
dikhianati sekiranya mereka melompat parti.
Katanya, beliau berharap jentera Pas di Kuala Kangsar akur dengan pemilihan calon diputuskan oleh Majlis Syura.
"Pas tidak bertanding suka-suka di Kuala Kangsar sebaliknya mahukan
kemenangan dan yakin ia boleh dicapai dengan kerjasama semua ahlinya.
“Bukan mustahil untuk kita menang di Kuala Kangsar. Kita harap dapat
berkempen dari rumah ke rumah, (dan) berdialog kerana rakyat di sini
intelektual. Kita bukan lawan dengan jentera Umno-BN tetapi kita lawan
dengan jentera kerajaan. Kita patut bangga sebab kita ada kekuatan dan
kita boleh terus lawan,” katanya.
Beliau menempelak sesetengah pihak yang cuba mengaitkan Umno dengan Pas
dan membuat kenyataan seolah-olah dua parti itu akan bersatu.
Katanya, jika Pas mahu bekerjasama dengan Umno, ia tentu tidak meletakkan 11 calon di Sarawak dan juga di Kuala Kangsar.
“Nasihat saya pada mereka, cari modal lainlah kalau nak lawan dengan Pas. Janganlah guna modal ini,” katanya.
1 orang berkata:
fitnah pas nak brgabung dgn umno dah tak laku.
Post a Comment