Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA ORANG MELAYU ISLAN DAN BUKAN ISLAM

Undi Melayu dijangka penentu kemenangan
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR - Undi Melayu dijangka menjadi penentu kemenangan parti yang bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan jangkaan bahawa pengundi Cina tidak akan turun mengundi dalam kedua-dua PRK tersebut.

“Pembangkang memang susah nak menang sebab BN akan turun habis-habisan. Tetapi, peluang itu masih ada walaupun tiga penjuru.

“Kalau pengundi Cina tak undi Pas, undi mereka akan kosong. Jadi kita bergantung kepada undi Melayu, siapa yang lebih dominan untuk tarik undi Melayu dia akan menang. Maka, perlawanan nanti agak kuat dan sukar diramal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tuan Ibrahim berkata,  pola pengundian dalam  beberapa PRK  yang lalu jelas menyaksikan penurunan undi masyarakat Cina.

“Walaupun DAP cakap mereka tak akan sokong calon Pas dalam PRK ini, saya ada buat kajian juga. Sebenarnya, dalam kebanyakan PRK, orang Cina tak turun undi pembangkang.

“Contohnya, DAP kalah di PRK Teluk Intan walaupun itu kerusi mereka. Malah dalam PRK Rompin, undi Pas meningkat tetapi undi masyarakat Cina di bandar merosot,” katanya.

Mengulas mengenai trend itu, Tuan Ibrahim berkata, ia mungkin disebabkan sikap orang Cina yang beranggapan PRK tidak akan membawa perubahan besar.

“Dalam kalangan pengundi Cina, kalau tukar kerajaan mereka sanggup.  Kalau mereka turun undi dalam PRK pun, mereka tak berani undi pembangkang.

“Ini pola standard mereka, bukannya sebab perpecahan pembangkang atau faktor calon. Yang tak undi calon itu ialah pengundi Cina,” katanya.

Memberi contoh Dun Sekinchan yang dimenangi DAP dengan majoriti 2,000 undi pada PRU13 lalu, kata beliau, kawasan itu antara yang diramalkan mengalami kemerosotan undi masyarakat Cina.

“Saya jangka undi Cina di Sekinchan akan jatuh walaupun letak calon DAP.  PRK ini standardnya begitu. Pengundi luar takkan balik sebab tak penting. Kalau ada kerja, mereka takkan undi,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.