Pas umum calon PRK Jumaat ini
KUALA LUMPUR - Pas akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Jumaat ini.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, pengumuman itu akan dibuat di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, di sini.
"Kita akan umum calon bagi mewakili Pas di Sungai Besar dan Kuala
Kangsar pada Jumaat malam," katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Pas sebelum ini tetap bertegas untuk bertanding di dua PRK tersebut dengan alasan kerusi itu secara tradisinya milik Pas.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu juga mengulangi
pendirian bahawa parti Islam itu tetap akan bertanding walaupun berlaku
pertembungan tiga penjuru.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan dua
penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komuditi serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan
Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.
0 orang berkata:
Post a Comment