Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HADIAH 6 BULAN KERANA MENGHINA UMAT ISLAM


Bekas teman wanita Alvin dipenjara enam bulan
Vivian Lee
Vivian Lee, bekas teman wanita penulis blog kontrovesi, Alvin Tan.

KUALA LUMPUR - Bekas teman wanita kepada bloger kontroversi Alvin Tan, dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook yang mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan, tiga tahun lalu.

Hakim Abdul Rashid Daud menjatuhkan hukuman itu terhadap Vivian Lee, atau nama sebenarnya Lee May Ling, 27, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah bagaimanapun menolak lapan hari daripada tempoh enam bulan penjara itu selepas mengambil kira Vivian pernah ditahan sebelum ini.

Mahkamah juga membenarkan permohonan Peguam Chong Joo Tian untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut kerana akan memfailkan rayuan.

Alvin Tan, 28, Bekes teman lelakinya itu masih bebas dan berada di Amerika Sharikat.

Ketika menjatuhkan hukuman itu, Abdul Rashid berkata perbuatan menghina umat islam dilakukan tertuduh ketika umat islam sedang menjalani ibadah puasa.

"Hukuman ini sebagai pengajaran kepada orang lain supaya tidak menggunakan media sosial untuk menghina agama lain," katanya.

Pada 14 April lalu Vivian diperintah membela diri daripada pertuduhan itu selepas mahkamah mendapati terdapat prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pindaan, Alvin dan Vivian didakwa menerbitkan kandungan menghasut iaitu gambar dan komen dalam laman Facebook bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan) Bak Kut Teh, Wangi, Enak dan Menyelerakan' yang mengandungi logo halal yang mana ia dibaca Mohammad Fakhri Mansor di Bahagian Kandungan Komunikasi dan Perkhidmatan Pos, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Presint 4, Putrajaya, jam 9 pagi, 13 Julai 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c), Akta Hasutan 1948.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.