Taliban culik 200 pelancong, 20 tebusan
KUNDUZ - AFGHANISTAN. Militan Taliban menculik hampir 200 pelancong yang sedang menaiki dua bas, pagi tadi.
Laporan CNN mengatakan 20 dari pelancong terbabit dijadikan tebusan manakala yang lain dibebaskan.
Dari jumlah tersebut, enam penumpang bas telah dibunuh di tempat kejadian oleh militan.
Jurucakap polis, Hujratullah Akbari memberitahu pelancong termasuk
warga emas, wanita dan kanak-kanak telah dibawa ke kampung terpencil,
Omarkhil.
Beberapa pelancong telah dibunuh di kampung tersebut manakala selebihnya dibebaskan.
Minggu lepas, Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan serangan
berani mati di Kabul yang mengorbankan 10 orang awam dan mencederakan
dua kanak-kanak.
0 orang berkata:
Post a Comment