‘Apa niat Dr Mahathir...Wallahualam’
KUALA LUMPUR - Presiden Amanah, Mohamad Sabu memilih untuk percaya
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah mencecah 91
tahun itu tidak mempunyai sebarang agenda peribadi dalam gerakan
Deklarasi Rakyatnya.
Namun begitu, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu mengakui tetap berhati-hati dengan penglibatan Mahathir.
“Dengan kita mengetahui, umurnya 91 tahun, pada pandangan saya, beliau
tidak ada perancangan untuk dirinya tapi jika untuk kumpulannya,
Wallahualam.
“Soal apa nawaitu (niat) Dr Mahathir, kita tidak tahu tapi zahirnya
beliau mahu bersama untuk membuat pembetulan terhadap apa yang berlaku
di Malaysia,” katanya mengulas mengenai surat teguran Datuk Seri Anwar
Ibrahim dari penjara dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Online.
Bekas Ketua Pembangkang itu melalui surat panjang lebar baru-baru ini
menegur kerjasama pembangkang dengan Dr Mahathir dalam usaha
menyelamatkan Malaysia melalui Deklarasi Rakyat.
Sementara itu, Mat Sabu melihat usaha menurunkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak yang sedang dijalankan itu sebagai titik permulaan
kepada negara ini bagi mana-mana pemimpin yang menyeleweng pada masa
akan datang.
“Penglibatan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib, saya sokong kerana
bagi kita, jika Najib menyeleweng dan rakyat bangun untuk menolaknya, ia
akan menjadi pengajaran, suatu permulaan di Malaysia ini.
“Jika naik Pakatan Harapan esok dan kemudiannya menyeleweng, kita mahu
beginilah sikap rakyat, menolak. Akhirnya, kebaikan akan datang kepada
rakyat. Inilah yang berlaku di negara lain,” katanya.
Menurutnya lagi, tindakan memaki hamun Mahathir secara berterusan tidak
akan memberi kesan apa-apa kerana beliau bukan lagi pemerintah negara.
“Kita orang Islam berpegang kepada satu prinsip, ‘berkatalah yang hak
kepada pemerintah yang zalim’ bukan (berkata) di depan (pemerintah)
pencen yang zalim. Nabi Muhammad SAW menceritakan kezaliman dan
kejahatan Firaun namun Baginda menentang dan menghadapi pemerintah di
zamannya, Abu Lahab dan Abu Jahal.
“Kita akui sejarah Dr Mahthir bukanlah baik di sudut hak asasi manusia
dan sebagainya tetapi sekarang beliau mahu bersama untuk menentang
penyelewengan yang begitu ketara,” katanya.
Melihat pengaruh yang masih ada pada Perdana Menteri selama 22 tahun
itu, Mat Sabu juga mengakui, pembangkang berpeluang bercakap dengan
penyokong Umno dengan kehadiran Mahathir dalam program mereka.
Mengimbau lawatannya ke luar negara untuk menghadiri
persidangan-persidangan sebelum ini, Mat Sabu turut mengakui rimas
apabila sering mendapat kiriman khas untuk Mahathir.
“Saya menentang Dr Mahathir, boleh dengar rakaman-rakaman ucapan saya
dulu tapi satu perkara yang kita harus akui, beliau ini terkenal di
peringkat antarabangsa.
“Bila kita pergi persidangan antarabangsa, yang paling kita meluat
sekali apabila nak balik, mereka kirim salam pada Dr Mahathir. (Ini
bukti) imejnya begitu tinggi terutama sekali di luar negara. Tetapi
Najib sekarang, tiada siapa pun nak kirim salam,” katanya.
4 orang berkata:
mat sabu pun tak blh dipercayai sangat.
Tinggi betul ilmu tuan-tuan sampai niat di dalam hati pun dapat dibaca. Adakah ilmu ini boelh diperlajari dari mana-mana guru?
2 x 5 = KELABU ASAP.
Post a Comment