Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SENJATA BARU UMNO VS ANAK JANTAN


Gugur keahlian Umno jika tanding atas tiket bebas
Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Ahli Umno yang bertanding atas tiket bebas dalam pilihan raya akan digugurkan keahlian secara automatik, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, Umno mempunyai peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi namun tidak menghalang mana-mana individu bertanding atas tiket bebas.

“Semua orang mempunyai hak dalam perlembagaan. Sesiapa yang nak bertanding di mana-mana juga boleh, cuma dalam Umno kita ada peraturan, iaitu mana-mana ahli yang bertanding menentang calon BN, maka keahliannya akan gugur secara automatik.

"Kita tidak menghalang sesiapa sahaja mahu bertanding,” katanya mengulas tindakan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail yang mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau dilaporkan bertindakan demikian kerana kecewa dengan keputusan BN yang menamakan Datin Mastura Yazid sebagai calon.

Annuar berkata Biro Penerangan Umno akan mewujudkan studio mini bagi membantu Mastura berkempen sepanjang PRK Kuala Kangsar.

"Untuk Datin Mastura, saya akan wujudkan mini studio di rumahnya dan kita akan menggunakan kenderaan bergerak yang dilengkapi LED. Mobil LED ini akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat," katanya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.