SHAH ALAM - Isu campur tangan politik dalam pentadbiran bukanlah suatu
perkara baharu, malah ia sering menjadi topik hangat dan perdebatan di
antara kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat.
Bagi merungkai dan mengetahui sejauh mana perihal ini berlaku dan cara
mengatasinya di dalam sistem pentadbiran di negara ini, Sinar Harian
selaku pelopor wacana ilmiah bagi siri ke-39 tampil dengan tajuk 'Siapa
lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?’ petang ini.
Wacana ilmu petang ini dibarisi oleh panel terkemuka iaitu bekas Ketua
Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor; bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri
Adam Kadir dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines yang juga
merupakan pengamal undang-undang, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.
Program dikendalikan oleh Nazri Kahar.
0 orang berkata:
Post a Comment