NEGARA TERMASUK DALAM KUMPULAN NEGARA ISLAM, YANG DIPERTUAN AGONGNYA BERAGAMA ISLAM, RAJA-RAJA MELAYU BERAGAMA ISLAM, PERDANA MENTERINYA BERAGAMA ISLAM TETIBA BILA NAK PINDA RUU MAKA ORANG BUKAN ISLAM MELENTING, KENAPA ??? ORANG MELAYU ISLAM BELUM MERDEKA UNTUK LAKSANAKAN AGAMA KEPERCAYAAN MEREKA ??? YANG HAIRANNYA PULA ADA BARUA KAFIR PERLI PULA RUU, HARAP RAKYAT TANDAKAN SIAPA MEREKA SUPAYA MUDAH BUAT PERHITUNGAN. NAK BANYAK CAKAPPUN TAK GUNA. ADA LAGI YANG PELIK, YANG BERTANGGUNGJAWAB TENTANG AGAMAPUN MENJADI SUNYI SEPI, DAYUUUUUUUS ??? - Pak Karamu
RUU: Berikan hak kebebasan mahkamah, orang Islam
PUTRAJAYA - Mahkamah syariah sewajarnya diberikan hak dan tanggungjawab
dalam melaksanakan tugas mereka yang tidak mengganggu bidang kuasa
mahkamah sivil, begitu juga sebaliknya, kata Felo Utama Pusat Kajian
Syariah Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Beliau berkata, usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Rang
Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang
dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas, tidak sedikit pun mengganggu
bidang kuasa mahkamah sivil tetapi ia memperkasa institusi mahkamah
syariah.
Ia tidak mengganggu bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang dan
perlembagaan kepada mahkamah sivil, sekiranya ada pihak tertentu yang
mempertikaikan cadangan pindaan itu, mereka seharusnya melihat semula
apakah yang bercanggah dari segi perlembagaan, katanya.
"Kalau mereka cuma meletakkan satu anggapan bahawa ia membuka laluan
supaya hudud boleh diamalkan, ia tidak betul kerana mahkamah syariah
belum lagi boleh mengendalikan kes berkaitan curi, merompak atau
membunuh.
"Kalau sampai kita membicarakan kes curi dan bunuh di mahkamah syariah,
barulah ia dikatakan menggugat Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau
kepada media selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Wasatiyyah dan
Perlembagaan Malaysia, Satu Pandangan' di Jabatan Perdana Menteri di
sini hari ini.
Dr Shamrahayu berkata orang Islam seharusnya diberikan kebebasan hak
beragama sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan
konsep perlembagaan memberikan hak kepada orang Islam untuk kebebasan
beragama selagi ia tidak bercanggah dengannya.
Susulan itu, pembentangan cadangan rang undang-udang pindaan berkenaan tidak sepatutnya dipolemikkan, katanya.
Beliau berkata tentangan dalam kalangan ahli politik bukan Islam
mengenai cadangan pindaan itu haruslah ditangani dengan meningkatkan
kefahaman mereka mengenai konsep meraikan kepelbagaian sebagaimana yang
termaktub dalam perlembagaan.
Dr Shamrahayu menarik perhatian bahawa rang undang-undang mengenai
mahkamah syariah itu juga bukanlah kali pertama diperkenalkan.
"Ketika diperkenalkan pada 1965, ia mendapat banyak sokongan dan ketika
pin daan kali pertama pada 1984 tidak pernah ada bantahan seperti yang
dihadapi hari ini," katanya.
"Ketika 1965, denda adalah RM1,000 dan hanya selepas 20 tahun ia
dipinda kepada RM3,000 namun persoalan mengenai pindaan itu tidak pernah
timbul kerana ia tidak mengubah apa-apa bentuk jenis kesalahan kerana
yang diubah cuma penambahan jumlah hukuman malah tidak mengacau orang
bukan Islam," katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment