Sifir mana, tanding PRK demi berbaik dengan Umno?
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad membidas pihak yang menuduh
parti itu mahu berbaik dengan Umno gara-gara tetap bertegas untuk
bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar
dan Sungai Besar.
"Orang yang tuduh Pas hendak berbaik dengan Umno, hendak menyertai Umno... mereka ambil sifir mana ini?
"Sampai macam itu pun tak faham. Makan apa sampai tak faham perkara
yang mudah? Kesian," katanya melalui kemaskini status di Facebook, malam
tadi.
Pas sebelum ini menegaskan pihaknya telah memutuskan untuk meletakkan
calon pada dua kerusi PRK yang bakal berlangsung, bulan depan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas tutup pintu rundingan dengan Pakatan Harapan]
Namun Pakatan Harapan turut menunjukkan minat terhadap dua kerusi Parlimen itu.
Menurut Idris yang juga Pengarah PRK Kuala Kangsar, tuduhan itu tidak
relevan melainkan Pas memberi laluan mudah kepada Umno dalam pilihan
raya itu.
"Bila Pas hendak bertanding di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, masih ada orang yang menuduh Pas hendak berbaik dengan Umno.
"Kalau Pas bagi laluan mudah munasabahlah," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas tetap meletakkan calon meskipun Umno ada mengingatkan tentang PRK Chempaka, Kelantan.
"Walau pun Umno ada tawarkan supaya Pas jangan letak calon seperti Umno
tidak meletakkan calon di PRK Chempaka, kawasan Almarhum Tuan Guru Nik
Abdul Aziz.
"Pas jawab, maaflah ya. Di Sarawak nun jauh di sana pun Pas lawan," katanya.
7 orang berkata:
Bior la Pas nak tanding apa pun... semua berhak dengan pendapat masing masing...
Cuma.... bila ada 3 penjuru nie...kelebihan akan berada dipihak BN.... saborrrrr jer laaa....
Sertai je la umno... kan dah lama nak bergabung. Inilah waktunya.. waktu umno memerlukan sekutu. Nanti bila umno kuat esok tak pyh mimpilah..
Sertai je la umno... kan dah lama nak bergabung. Inilah waktunya.. waktu umno memerlukan sekutu. Nanti bila umno kuat esok tak pyh mimpilah..
Ingat....Pas tak sekali kali bergabung dgn umno melainkan umno ubah dasar pd Islam spt pas perjuangkan kini.
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
fitnah pas brgabung dgn umno dah tak laku.
A.N. Aziz ketinggalan bus. Biarkan dia meratib sorang2.
Post a Comment